May 8th, 2017

KISAH PARA SAHABAT YANG MENDAPAT ILMU RASA

Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. Syukur perhiasan kepada nikmat Sabar perhiasan kepada bala. Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap. Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

Rahsia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafa-ur-Rasyidin dan salafussoleh dapat memerintah dan menawan tiga suku dunia dengan jayanya adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka. Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka.

(more…)

MENGENANG WANITA-WANITA SOLEHAH

Isteri yang solehah sentiasa taat dengan Allah dan patuh dengan suami. Suami yang tersalah sentiasa diberi maaf. Cemburu dengan suami tidak ada di dalam sikap. Kepulangan suami disambut dengan senyum dan penuh hormat...

Sejarah hidup para wanita solehah dalam Islam sudah tercatat dalam Al Quran dan Hadis, marilah kita sama-sama menghayati sejarah hidup mereka agar kita termasuk dalam golongan penyumbang perjuangan Islam.

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service