May 9th, 2017

ASMA SEBAGAI PENGINTIP BAGI RASULULAH

Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah wahai Asma’ dan beritahulah kepada para wanita yang berada di belakangmu bahwa perlakuan baik salah seorang mereka kepada suaminya dan meminta keredhaan suaminya saatnya ia untuk mendapat persetujuannya itu semua dapat mengimbangi seluruh amal yang kamu sebutkan yang dilakukan oleh kaum lelaki.”

Selepas Rasulullah SAW menjadi Rasul selain daripada perang ada dua peristiwa yang sangat menakutkan. Setelah Rasulullah SAW mula diterima orang, pengaruh Rasulullah SAW dah mula ada, cakap-cakap Rasulullah SAW ada orang tidak boleh faham, sebab Rasulullah SAW sebut Akhirat, Tuhan, Syurga, mana orang faham. Jadi banyaklah orang marah. Di antara yang marah itu pembesar-pembesar Quraisy.

(more…)

KISAH ABUYA ASHAARI MUHAMMAD – Bahagian 5

Setiap nikmat yang kita terima hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya, hingga merasa malu memilikinya, tapi sudah anugerah Tuhan kenalah terima, kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya, dengan itu kita akan terselamat dari berbangga, terselamat dari kedekut, tamak dan mudah dikorbankan kepada kebajikan. ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Abuya dilahirkan Tuhan ke dunia adalah untuk jadi pejuang. Jiwanya, Fikirannya dan seluruh fizikalnya memang dipersiapkan untuk berjuang. Perjuangan Islam adalah minatnya, kesukaannya, darah dagingnya, jiwa raganya, akal fikirannya dan hidup matinya. Pendeknya dia sanggup buat apa sahaja untuk menyampaikan cita-cita perjuangannya. Waktu berumur 4 tahun, masa itu ibunya masih hidup, dia akan ikut ibunya setiap hari ke kebun menanam dan menjaga pokok ubi kayu. Berjalan kaki 4 batu pergi, 4 batu balik tanpa kasut, berlari terkedek-kedek di belakang ibunya seawal umur 4 tahun adalah satu latihan kepada seorang pejuang yang bukan calang-calang.

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service