May 10th, 2017

KISAH RABIAH AL ADAWIYAH

DOA RABIUL AL ADAWIYAH: Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu.

Rabiah ialah anak keempat dalam satu keluarga miskin dilahirkan pada kurun pertama Hijrah di kota Basrah, tebing Sungai Dajlah, Iraq. Bapanya bernama Ismail bin Muhammad Dawi. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sangat patuh dan taat pada agama, sukakan kebaikan dan sentiasa berdamping diri dengan Al Quran. Ayahnya seorang yang warak, sentiasa memenuhi masa dengan membaca Al Quran, memperbanyakkan sembahyang sunat, dan berpuasa serta hati tak lekang dari berzikir mengingati Allah.

(more…)

BENARNYA SABDA DAN DOA RASULULLAH

Ya Rasulullah, sungguh mulia engkau. Kemuliaanmu Allah dan malaikat menselawatkanmu. Wahai orang mukmin selawatkanlah ke atasnya. Engkau akan mendapat syafaat di Akhirat nanti. Wahai Nabi engkau adalah cahaya daripada segala cahaya. Engkau adalah rahsia daripada segala rahsia. Engkau adalah penawar segala penyakit lahir dan batin. Engkau juga anak kunci segala kemudahan. Engkau adalah Rasul pilihan. Pilihan Rasul yang awal dan akhir. Engkau adalah penyelamat umat. Engkau membawa rahmat dan berkat. Ibadahmu membayangkan kehambaanmu. Akhlakmu membayangkan kebersihan hatimu. Pemurahmu membayangkan dunia tidak ada di dalam hatimu. Sabarmu membayangkan ketahanan jiwamu. Keberanianmu membayangkan tawakalmu dengan Allah. Orang yang menentangmu engkau doakan hidayah. Engkau adalah manusia luar biasa ikutan semua. Pemimpin yang dikehendaki adalah bayangan peribadimu.

Pancaran nur kenabian baginda Rasulullah SAW  terang nyata selama 300 tahun iaitu tiga kurun. Hal ini tidak berlaku kepada rasul-rasul lain, dan sesuai dengan maksud zahir hadis yang menyebutkan sebaik-baik kurun itu adalah kurun Nabi SAW, kurun berikutnya dan seterusnya.

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service