May 17th, 2017

KISAH AHLUL BAIT 2 – SITI FATIMAH AZ ZAHRA

Fatimah Az Zahra berkata: Ada tiga hal yang aku cintai di dunia ini. Ketiga hal itu adalah membaca Al-Quran, memandang wajah Rasulullah SAW dan berinfak di jalan Allah SWT.

Lahirnya Siti Fatimah Az Zahra r.a merupakan rahmat yang telah dilimpahkan Ilahi kepada Nabi Muhammad SAW. Ia telah menjadi wadah suatu keturunan yang suci. Ia laksana benih yang akan menumbuhkan pohon besar penyambung keturunan Rasulullah SAW. Ia satu-satunya yang menjadi sumber keturunan paling mulia yang dikenali umat Islam di seluruh dunia. Siti Fatimah Az Zahra r.a dilahirkan di Makkah, pada hari Jumaat, 20 Jamadil Akhir, lebih kurang lima tahun sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi rasul. Siti Fatimah Az Zahra r.a membesar di bawah naungan wahyu Ilahi, di tengah kancah pertarungan sengit antara Islam dan jahiliyah, di kala sedang hebatnya perjuangan para perintis iman melawan penyembah berhala.
(more…)

KISAH TIGA SAHABAT YANG DIPULAUKAN


Akan dibuka pintu-pintu Syurga pada hari Isnin dan Khamis, diberi keampunan bagi setiap hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, melainkan seorang lelaki yang ada permusuhan dengan saudaranya, lalu dikatakan: abaikan bagi mereka berdua sehinggalah mereka berdua berdamai, abaikan bagi mereka berdua sehinggalah mereka berdua berdamai, abaikan bagi mereka berdua sehinggalah mereka berdua berdamai. (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim , Abu Daud , Al-Tirmizi)

Diantara puak munafikin jumlah yang tidak menyertai gerakan ke Tabuk boleh dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi Muhammad s.a.w. malah mereka cuba mempengaruhi orang-orang lain supaya berbuat demikian.
(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service