June 3rd, 2017

KISAH KIYAI DAN PEMUDA

Allahu Akbar satu sifat Tuhan, di dalamnya terkandung atau terhimpun seluruh sifat-sifat Allah yang sempurna. Sebagai yang terpokok yang wajib diketahui itulah dia sifat Tuhan yang dua puluh. Yang lebih terperinci ialah asmaul husna yang 99. Kalau secara detail Maha Besarnya Tuhan itu. Dia mempunyai sifat-sifat yang sempurna yang tidak dapat dihinggakan…

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negara, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

(more…)

SIAPA PINTU GERBANG ILMU?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Aku ini kotanya ilmu pengetahuan, dan Ali adalah sebagai pintunya.”

Pada suatu hari, sepuluh orang dari kaum Khawarij bertemu dengan Sayidina Ali bin Abi Talib kwj untuk bertanyakan beberapa soalan. Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya bertujuan untuk menguji kehebatan Sayidina Ali sama ada ia bertepatan dengan satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : “Aku ini kotanya ilmu pengetahuan, dan Ali adalah sebagai pintunya.”

Sebaik sahaja bertemu Sayidina Ali, mereka dilayan dengan begitu baik. Salah seorang dari mereka kemudian membuka mulut dan berkata, “Wahai Ali, kami yang datang seramai sepuluh orang ini adalah dihantar oleh kaum kami untuk mengajukan pertanyaan kepadamu. Kami akan bertanya secara bergilir-gilir dan jawapan yang kamu berikan itu akan kami bawa pulang kepada kaum kami.”

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service