June 5th, 2017

DIHUKUM KERANA MENDERHAKAI IBU

Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendakNya, hingga ke hari Qiamat, kecuali balasan menderhakai kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati - Diriwayatkan oleh Al-Hakim

Suatu hari seorang alim berniat untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata ibunya yang sudah tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, “Tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan”. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.

Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi kerana redho Allah bergantung kepada redho orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

(more…)

ZUN NUN DAN CINCIN EMAS

Tuhan! Apalah ada kuasa padaku Kalaupun aku berusaha, ke arah kebaikan usahaku itu pun tertakluk di dalam kekuasaan-Mu. Ertinya aku tidak ada kuasa. Yang ada hanya kuasa-Mu. Kuasaku berlaku kerana bergantung dengan kuasa-Mu. Jika ada kuasaku, ertinya kuasa Engkau jugalah hakikatnya yang berlaku itu. Kuasa-Mu berlaku, Engkau gunakan kuasaku. yang tidak ada kuasa sebagai perantaraan. Ertinya aku tidak ada kuasa sedikit pun. kalau bukan Engkau yang menggerakkan. Aku ibarat cincin di jari. Bergerak jari bergeraklah cincin. Kalau jari tidak bergerak, tidak bergeraklah cincin. Begitulah aku, kalau Engkau tidak gerakkan aku berusaha, tidak adalah usahaku. Usahaku berlaku, kerana adanya kuasa Engkau yang menggerakkan. Maka aku pun dapatlah berusaha. Usahaku yang tertakluk dengan kuasa-Mu. Itulah aku Tuhan, hamba-Mu yang tidak ada kuasa apa-apa. Maha Kuasa Engkau, Maha Agung Engkau. Bukan sahaja aku, bahkan semua makhluk tertakluk dengan kuasa Engkau, kemudian mereka sombong, rasa ada kuasa. Mereka telah menzalimi diri mereka, menganggap ada kuasa. Mereka telah mensyirikkan Engkau dengan dirinya.

Beberapa waktu yang lalu, di Mesir hidup seorang sufi yang tersohor bernama Zun-Nun. Seorang pemuda mendatanginya dan bertanya :”Tuan, saya belum faham mengapa orang seperti tuan mesti berpakaian apa adanya, amat sangat sederhana. Bukankah di zaman yang ini berpakaian moden amat perlu, bukan hanya untuk penampilan namun juga untuk tujuan banyak hal lain.”

Sang sufi hanya tersenyum, ia lalu melepaskan cincin dari salah satu jarinya, lalu berkata : “Orang muda, akan ku jawab pertanyaanmu, tetapi lebih dahulu lakukan satu hal untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Cubalah, bolehkah kamu menjualnya dengan harga satu keping emas.”

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service