June 6th, 2017

ABU HURAIRAH DAN PENCURI

Dari Abu Hurairah r.a: Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Saya mendengar banyak hadis dari tuan, Ya Rasulullah! Tetapi saya lupa.”Rasulullah SAW bersabda: “Hamparkan Rida’ mu.“ Aku melakukannya dan kemudian Nabi SAW menggerakkan kedua tangannya seakan-akan mengisi sesuatu lalu bersabda: ”Ambil dan selendangkan ini”. Aku lakukan perintahnya dan setelah itu aku tidak pernah lupa lagi. Hadis Riwayat Bukhari

Dikatakan pada satu ketika Abu Hurairah r.a. telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu malam Abu Hurairah r.a. telah ternampak seseorang mengendap-ngendap hendak mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak dibawanya berjumpa Rasulullah SAW tetapi pencuri itu merayu minta dikasihani seraya menyatakan bahawa dia mencuri untuk menyara keluarganya yang kelaparan.

(more…)

HAJI DITERIMA KERANA UTAMAKAN JIRAN

Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga." Sabda Rasulullah SAW : "Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu bertanya lagi : "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?" Sabda Rasulullah SAW : "Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu.

Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit. Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi: “Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?” Jawab malaikat yang seorang lagi : “Enam ratus ribu orang.”

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service