June 7th, 2017

AKIBAT MAKAN KURMA MILIK ORANG LAIN

Kata Ibrahim Adham r.a: Aku bersahabat dengan sebahagian besar ahli-ahli ibadah di Gunung Lubnan. Kebanyakkan daripada mereka memberi nasihat begini: Kalau engkau kembali ke dalam kelompok masyarakat nasihatilah mereka dengan empat perkara: 1. Barang siapa yang banyak makan tidak akan menemui nikmatnya ibadah. 2. Barang siapa banyak tidur umurnya tidak akan ada berkatnya. 3. Siapa yang ingin diredhai oleh manusia sahaja maka janganlah mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT. 4. Barang siapa yang banyak berbicara kosong dan banyak menabur fitnah serta banyak mengumpat, maka ia akan keluar dari agamanya, jadilah ia dari golongan yang su'ul khatimah (akhir hayat yang buruk).

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat untuk berziarah ke Masjidil Aqsa. Sebagai bekalan perjalanan, ia membeli kurma dari pedagang tua yang berniaga berhampiran Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim terlihat sebutir kurma terjatuh dari meja berhampiran dengan timbangan. Menyangka kurma itu sebahagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

(more…)

NABI MUSA DENGAN SIKAYA DAN SIMISKIN

Aku syukur pada-Mu Tuhan di atas segala nikmat yang Engkau beri. Aku bersyukur kepada-Mu lagi di atas kesyukuran itu. Kerana syukur itu satu nikmat yang bersifat maknawi dan rohani. Ia adalah satu pemberian-MuSyukur di atas kesyukuran. Begitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosaku. Seterusnya aku bertaubat di atas taubat-taubatku yang palsu. Ertinya taubatku memerlukan taubat lagi. Taubat di atas taubat. Begitulah yang aku harapkan pada-Mu, ingatkan aku. Bahawa syukur itu adalah satu nikmat dan anugerah-Mu. Agar aku bersyukur di atas kesyukuran itu. Seterusnya ingatkan aku. Bahawa taubatku adalah palsu. Agar aku bertaubat di atas taubat itu. Moga-moga aku tidak menipu diriku.


Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Ada golongan yang kaya dan ada juga golongan yang miskin.

Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia kelihatan begitu miskin, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service