June 12th, 2017

KISAH TUAN TULIS DI NEGERI SEMBILAN

TUAN TULIS membeli burung yang terkurung dan membebaskannya. Bagaimanapun beliau sendiri memelihara ratusan ekor burung merpati yang dilepas bebas, diberi makan dan minum secukupnya dan  disediakan rumah burung untuk mereka berteduh, bertelur dan beranak-pinak.

TUAN TULIS membeli burung yang terkurung dan membebaskannya. Bagaimanapun beliau sendiri memelihara ratusan ekor burung merpati yang dilepas bebas, diberi makan dan minum secukupnya dan disediakan rumah burung untuk mereka berteduh, bertelur dan beranak-pinak.

Nama sebenar Tuan Tulis adalah Haji Ismail bin Hussein, terkenal sebagai seorang wali Allah yang mendekati masyarakat dengan penuh hikmah. Beliau menjadi tempat rujuk orang ramai dalam pelbagai masalah, khususnya di kalangan penduduk Kuala Talang dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Namanya turut dikenali di kalangan kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, kerana beliau pernah mengubati Yang Dipertuan Besar yang pertama yang uzur di London pada tahun 1925, sedangkan pada ketika itu Tuan Tulis sebenarnya sudah meninggal dunia.
(more…)

KISAH SYEIKH SUHAIMI – Bahagian 1

Hati kita jangan dibiarkan lalai, hendaklah sentiasa beristighfar, bertasbih dan berwirid. - SAYYIDI SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDULLAH AS-SUHAIMI

Asy-Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi telah dikenali oleh murid-muridnya dengan gelaran Kiyahi Agung, kerana banyak bekas murid-muridnya telah menjadi kiyahi (iaitu guru ugama), dan banyak pula orang-orang yang memang sudah menjadi kiyahi telah belajar lagi padanya, iaitu menjadi murid-muridnya. Tetapi orang orang yang lain daripada murid-muridnya telah memanggilnya “Syeikh Muhammad Suhaimi” atau “Kiyahi Suhaimi” ataupun “Syeikh Suhaimi” sahaja.

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service