June 13th, 2017

KISAH SYEIKH SUHAIMI – Bahagian 2

Sentiasalah dalam berkeadaan berwudhuk. Sekiranya terbatal, maka diambil semula. Orang yang berhadas, walaupun hadas kecil akan terhijab dirinya daripada Allah. - SYEIKH SUHAIMI

Diantara keiadian-kejadian dan perkara-perkara yang dialami oleh Syeikh Suhaimi ketika ia mengembara itu banyak yang aneh dan luarbiasa.

Pada suatu masa Syeikh Suhaimi sudah berasa penat didalam perjalanannya, oleh kerana ia sudah berjalan sangat jauh, dan masa itu pula sudah masuk waktu Maghrib, padahal ia belum berjumpa kampung atau desa, lalu iapun berikhtiarlah mencari tempat untuk berlindung pada malam itu. Didalam mencari-cari itu iapun berjumpalah suatu lobang yang seperti gua rupanya, bahkan ada air pula didalamnya, lalu Syeikh Suhaimi pun masuklah kesitu dan berhenti untuk berihat dan bermalam didalamnya. Tetapi setelah kira-kira satu jam lamanya tiba-tiba datangfah seorang ketempat itu, dan Syeikh Suhaimi dapat melihatnya menoleh-noleh dan menjenguk-jenguk disekelilingnya, dan setelah itu iapun masuklah kedalam gua tadi sambil memanggil-manggil: “Hai Muhammad, bangunlah. Tuan dipersilakan ke rumah saya. Tuan sekarang jadi tetamu saya.”

(more…)

KISAH TUAN HUSSEIN KEDAH AL-BANJARI

Berakhlak tinggi, pemurahnya sangat ketara, sangat menjaga syariat Tuhannya. Berani memberi nasihat atau menegur kepada siapa sahaja sekalipun raja. Dengan rezeki sangat tawakkal kepada Tuhannya. Zuhud dengan dunia, sekalipun kaya. Kasih sayangnya sangat ketara.Ramah dan mesra jadi budaya hidupnya. Ibadahnya banyak, khusyuk pula, sangat berdisiplin hidupnya. Sangat menghormati tetamunya Mereka memberi ilmu tidak dikenakan upahnya, kalau orang memberi tidak pula menolak. Percakapannya bak mutiara sangat berharga. Tidak ada yang sia-sia, orang-orang jahil didoakannya. Mereka adalah suri teladan manusia di zamannya. Orang ramai sangat menghormatinya kerana mulia keperibadiannya. Mereka itulah yang dikatakan ulamak pewaris Nabi.

Berakhlak tinggi, pemurahnya sangat ketara, sangat menjaga syariat Tuhannya. Berani memberi nasihat atau menegur kepada siapa sahaja sekalipun raja. Dengan rezeki sangat tawakkal kepada Tuhannya. Zuhud dengan dunia, sekalipun kaya. Kasih sayangnya sangat ketara.Ramah dan mesra jadi budaya hidupnya. Ibadahnya banyak, khusyuk pula, sangat berdisiplin hidupnya. Sangat menghormati tetamunya. Mereka memberi ilmu tidak dikenakan upahnya, kalau orang memberi tidak pula menolak. Percakapannya bak mutiara sangat berharga. Tidak ada yang sia-sia, orang-orang jahil didoakannya. Mereka adalah suri teladan manusia di zamannya. Orang ramai sangat menghormatinya kerana mulia keperibadiannya. Mereka itulah yang dikatakan ulamak pewaris Nabi.

Tuan Hussein Kedah Al Banjari adalah pengasas kepada enam buah pondok pengajian dalam negeri Kedah dan sebuah di Pokok Sena, Seberang Perai. Ini tidak termasuk usaha beliau membangunkan semula pondok datuknya di Gajah Mati, Jitra, Kedah. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 18 buah kitab mengenai berbagai persoalan agama dan dalam bidang ini (mengarang kitab) beliau adalah ulama Kedah yang terbanyak mengarang kitab pada zamannya.
(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service