June 15th, 2017

KISAH ABUYA ASHAARI MUHAMMAD – Bahagian 3

Tidak mengapa berhadapan dengan sedikit kesusahan yang sementara agar terlepas daripada kesusahan di Akhirat buat selama-lamanya. - ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Abuya Ashaari Muhammad mula bersekolah kebangsaan (sekolah rendah) lewat sedikit dari umur sepatutnya dikeranakan zaman Jepun, iaitu ketika berumur sepuluh tahun (1947), dua tahun selepas Jepun balik. Sebenarnya sekolah sudah ada sebelum itu. Tapi Lebai Ibrahim pula tidak mahu hantar Abuya bersekolah. Menunggu sekolah Arab agaknya.

(more…)

KISAH ABUYA ASHAARI MUHAMMAD – Bahagian 2

Kesusahanku di masa kecil mengenalkanku erti penderitaan. Kerana itulah aku tidak boleh mendengar orang menderita aku suka sekali menolong mereka. Kematian ibuku di waktu kecilku menginsafkan aku betapa sedihnya orang tiada beribu. Kerana itulah aku simpati kanak-kanak yang tidak beribu. Inginnya aku menghiburkannya. Ingin aku menggembirakannya Kesusahanku di dalam kehidupan di dalam semua aspek pengalaman. Di dalam makan minum, di dalam tempat tinggal, di dalam berpakaian menjadikan aku sensitif dengan penderitaan orang. Rupanya pengalaman di dalam kehidupan. Banyak pengajaran dan didikan banyak menyedarkan dan menginsafkan. Sangat berguna buat perjuangan masa depan. Itulah hikmahnya aku tidak mendapat pelajaran tinggi kerana keadaan kehidupan yang susah selalu menghalang. Tapi aku berpeluang belajar dengan kehidupan. Di sinilah aku dapat ilmu dan pengalaman.

Abuya Ashaari Muhammad hidup dalam persekitaran dunia yang sangat susah. Sedangkan kehidupan keluarganya tidaklah susah sangat. Zaman itu zaman perang, iaitu sekitar tahun 1942 hingga 1945. Tanah Melayu waktu itu dijajah oleh Jepun. Waktu Jepun perintah, keadaan lebih susah. Tahun 1945, British perangi Jepun dan dapat menjajah semula Tanah Melayu. Waktu Jepun memerintah, bapa Abuya Ashaari Muhammad dilantik menjadi kerani beras di Lubok Cina. Bila British datang, dilantik jadi pegawai kastam semula. Mereka berperang di bumi ini merebut kuasa, sedangkan anak peribumi menjadi mangsanya.

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service