June 18th, 2017

INGIN BERTAUBAT SETELAH MEMBUNUH 99 NYAWA

Dan dari Abu Said Alkhudri berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Pada zaman yang terdahulu, terjadi seorang yang telah membunuh hampir sembilan puluh sembilan nyawa, kemudian ia ingin bertaubat. Lalu ia mencari seorang pendita dan bertanya apakah masih ada peluang untuknya bertaubat?

(more…)

RASULULLAH MODEL KASIH SAYANG PALING AGUNG

Rasulullah pilihan daripada seluruh rasul pilihan. Pilihan atas pilihan untuk rasul akhir zaman. Membawa Quran dari Tuhan. Untuk panduan umat kemudian. Hatinya bersih, sabarnya keras, Ulul Azmi tidak ada taranya. Berbagai-bagai rintangan, bermacam-macam cabaran. Menghadapi puluhan peperangan, hatinya tahan. Seluruh hidupnya di dalam penderitaan, tidak pernah surut di dalam perjuangan. Betullah Rasul contoh daripada segala contoh seluruh rasul pilihan...

Berikut adalah sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menun jukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam lebih-lebih lagi oleh para ulamanya. Dan sepatutnya kasih sayang inilah yang diratakan di seluruh dunia kini.

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service