KISAH IKTIBAR

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi: " Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

(more…)

LUKMANUL HAKIM – KATANYA SERIBU HIKMAH

Wasiat Luqmanul Hakim: "Janganlah engkau makan kecuali apabila telah benar-benar lapar, kerana apabila engkau sudah terlalu lapar engkau akan merasa makanan yang engkau makan itu begitu lazat dan engkau akan bersyukur dengannya."

Lukmanul Hakim dikenali sebagai manusia yang sering meninggalkan peringatan serta manfaat menerusi kata-katanya. Beliau merupakan seorang bapa yang sentiasa menasihati anaknya dengan kata-kata berhikmah. Dan kata-kata itu adalah wajar diambil iktibar oleh kita semua.

(more…)

AKIBAT MAKAN KURMA MILIK ORANG LAIN

Kata Ibrahim Adham r.a: Aku bersahabat dengan sebahagian besar ahli-ahli ibadah di Gunung Lubnan. Kebanyakkan daripada mereka memberi nasihat begini: Kalau engkau kembali ke dalam kelompok masyarakat nasihatilah mereka dengan empat perkara: 1. Barang siapa yang banyak makan tidak akan menemui nikmatnya ibadah. 2. Barang siapa banyak tidur umurnya tidak akan ada berkatnya. 3. Siapa yang ingin diredhai oleh manusia sahaja maka janganlah mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT. 4. Barang siapa yang banyak berbicara kosong dan banyak menabur fitnah serta banyak mengumpat, maka ia akan keluar dari agamanya, jadilah ia dari golongan yang su'ul khatimah (akhir hayat yang buruk).

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat untuk berziarah ke Masjidil Aqsa. Sebagai bekalan perjalanan, ia membeli kurma dari pedagang tua yang berniaga berhampiran Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim terlihat sebutir kurma terjatuh dari meja berhampiran dengan timbangan. Menyangka kurma itu sebahagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service