KISAH IKTIBAR

PEROMPAK YANG MEMULIAKAN BULAN REJAB

Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Doa Rasulullah SAW diriwayatkan Al Baihaqi dari Anas bin Malik.

Satu ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan. Kadangkala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya. Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki tersebut: “Orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”.
(more…)

KISAH KEBAIKAN SEORANG MAJUSI

Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama?" Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semasa menunaikan ibadah haji, Abdullah bin Al Mubarak tertidur di Hijir Ismail. Dalam tidurnya dia bermimpi Rasulullah berpesan kepadanya: “Wahai Abdullah, apabila engkau kembali ke Baghdad, pergilah berjumpa Bahramal Majusi (pemimpin agama Majusi). Sampaikan salamku dan katakan Allah telah redha kepadanya.”

(more…)

PENGGALI KUBUR YANG MENCURI KAIN KAFAN

Carilah kawan atau cintalah kawan sebanyak-banyaknya Untuk menjadi sahabatmu ketika sakaratul maut Di waktu itu selain kawan tidak ada siapa yang menolongmu Juga di dalam kubur, sahabatmulah yang akan berada bersama-samamu. Orang lain janganlah diharapkan. Hinggalah sampai ke Padang Mahsyar, kawan juga yang akan membantu kawan. Selain itu semuanya lari dan menjauhkan diri. Yang dimaksudkan kawan yang akan membela kita di sini. ialah amal soleh kita...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service