KISAH RASULULLAH

KISAH AHLUL BAIT 5 – SAYIDINA HUSSIN

Sayidina Ali berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan, Hussin dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat. Hadis riwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi

Sayidina Hussin dilahirkan di kota Madinah pada 5 haribulan Syaaban, tahun 4 Hijrah. Perbezaan umur di antara Sayidina Hussin dan abangnya Sayidina Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Sayidina Hussin turut menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama “Hussin” itu yang bermaksud, “Si Kecil cantik”.

(more…)

KISAH AHLUL BAIT 4 – SAYIDINA HASSAN

Sayidina Hassan bin Ali r.a berkata yang bermaksud: Orang yang murah hati ialah orang yang suka menderma dengan sesuatu kebaikan sebelum diminta. Suka memberi makan di mana-mana tempat saja. Sentiasa belas kasihan terhadap peminta-peminta sedekah dengan membelanjakan apa saja yang ada pada dirinya.

Sayidina Hassan adalah cucu kepada Rasulullah SAW dari puteri bongsu baginda yang paling disayanginya iaitu Siti Fatimah Az Zahra dan menantunya Sayidina Ali, yang juga merupakan Sahabatnya yang sangat disayangi baginda. Sayidina Hassan lahir kira-kira sebulan sebelum Perang Uhud. Menurut ahli-ahli sejarah, tarikh lahirnya yang tepat ialah 15 haribulan Muharram. Namanya telah diberikan oleh baginda Rasulullah SAW sendiri. Nama ‘Hassan” itu tidak pernah digunakan di Tanah Arab di zaman jahiliyah. Rasulullah SAW sangat gembira sekali dengan kelahiran Sayidina Hassan.
(more…)

KISAH AHLUL BAIT 3 – RASULULLAH NIKAHKAN ALI DENGAN FATIMAH

Rasulullah SAW berkata kepada Sayidina Ali r.a: “Wahai Ali, sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku."

Siti Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan kecantikannya ketika Islam dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dan pesat di Madinah dan sekitarnya. Ketika itu Siti Fatimah Az Zahra r.a benar-benar telah menjadi anak gadis remaja. Keelokan parasnya banyak menarik perhatian. Tidak sedikit pemuda terhormat yang menaruh harapan ingin mempersuntingkan puteri Rasulullah SAW itu. Beberapa orang terkemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berusaha melamarnya. Menangani lamaran itu, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa baginda sedang menanti datangnya petunjuk dari Allah SWT mengenai puterinya itu.
(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service