KISAH SAHABAT

KISAH ABDULLAH BIN UMMI MAKTUM

Tanda seorang yang mempunyai hati yang hidup (tidak buta) ialah dia sentiasa merasai diawasi oleh Allah - ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Tanda seorang yang mempunyai hati yang hidup yakni tidak butaialah dia sentiasa merasai diawasi oleh Allah – ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Abdullah bin Ummi Maktum, nama sebenarnya Abdullah bin Umar bin Syuraikh, seorang sahabat suku Quraisy yang termasuk peserta hijrah ke Madinah rombongan pertama. Beliau sampai di Madinah sebelum kedatangan Rasulullah saw. Abdullah mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Rasululah saw. Dia adalah sepupu Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid ra. Bapanya Qais bin Zaid, dan ibunya ‘Atikah binti Abdullah. Ibunya bergelar ‘Umi Maktum’ kerana anaknya Abdullah lahir dalam keadaan buta.
(more…)

HANZALAH DIMANDIKAN MALAIKAT

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. katanya,: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid”. (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Salah seorang sahabat serta jurutulis kepada Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru sahaja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat Baginda.
(more…)

KISAH TIGA SAHABAT YANG DIPULAUKAN


Akan dibuka pintu-pintu Syurga pada hari Isnin dan Khamis, diberi keampunan bagi setiap hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, melainkan seorang lelaki yang ada permusuhan dengan saudaranya, lalu dikatakan: abaikan bagi mereka berdua sehinggalah mereka berdua berdamai, abaikan bagi mereka berdua sehinggalah mereka berdua berdamai, abaikan bagi mereka berdua sehinggalah mereka berdua berdamai. (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim , Abu Daud , Al-Tirmizi)

Diantara puak munafikin jumlah yang tidak menyertai gerakan ke Tabuk boleh dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi Muhammad s.a.w. malah mereka cuba mempengaruhi orang-orang lain supaya berbuat demikian.
(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service