KISAH SAHABAT

ABU AYUB AL ANSARI

Abu Ayub Al Ansari adalah seorang Sahabat dari kaum Ansar. Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah dahulu, di rumah Abu Ayublah Nabi tinggal. Abu Ayub turut serta dalam operasi tentera Islam untuk membebaskan Konstantinople. Ketika itu umur beliau sudah mencecah 81 tahun. Meskipun tua, tapi Abu Ayub tetap berkeras untuk berangkat kerana dia berharap untuk merebut janji Rasulullah SAW sebagaimana tersebut dalam Hadis baginda: “Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”
(more…)

KISAH AHLUL BAIT 5 – SAYIDINA ALI DILUDAHI MUSUH

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya. SAYIDINA ALI Karamullahuwajhah

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya. SAYIDINA ALI Karamullahuwajhah

Suatu hari ketika Sayidina Sayidina Ali sedang berada dalam pertempuran, pedang musuhnya patah dan orangnya terjatuh. Sayidina Ali berdiri di atas musuhnya itu, meletakkan pedangnya ke arah dada orang itu, dia berkata, “Jika pedangmu berada di tanganmu, maka aku akan lanjutkan pertempuran ini, tetapi kerana pedangmu patah, maka aku tidak boleh menyerangmu.”
(more…)

KISAH KETAQWAAN 4 SAHABAT UTAMA RASULULLAH

Sahabat-sahabat Rasulullah apabila bertemu satu sama lain tidak akan bercerita tentang dunia. Mereka tidak akan bercakap tentang makan minum, rumah dan pakaian kecuali menceritakan terhadap sahabatnya yang lain, jika mereka mendapat kesusahan agar sahabat-sahabat bersimpati dan memberi bantuan...

Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri untuk diketahui dan dibaiki, bertanyakan khabar Rasulullah, keluarganya dan tentang keadaannya lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu yang baru turun. Apakah sabdanya yang baru diterima darinya. Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama. Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat. Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja. Namun hal-hal dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan apatah lagi hendak bercerita-cerita hal keburukan orang.
(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service