KISAH SAHABAT

SAYIDINA ALI DAN HASAN BASRI

Hasan Al-Basri berkata - Barangsiapa yang mencintai Allah akan menganggap dunia ini sebagai musuh dan barangsiapa yang mencintai dunia secara tidak langsung akan menjadi musuh kepada Allah

Bila kita kaji sejarah bagaimana peranan masjid di zaman Rasulullah dan salafussoleh (300 tahun selepas Rasulullah), kita akan nampak betapa masjid telah mengambil peranan dan memberi jasa yang sangat besar pada pembangunan masyarakat Islam. Imam yang dipilih bukan sebarang imam. Guru yang mengajar bukan sebarang guru.

Ketika Sayidina Ali bin Abu Talib k.w.j. yang menjadi khalifah masuk ke sebuah masjid besar, waktu itu masjid masih menjadi gudang ilmu, dilihat di setiap sudut ada kelompok-kelompok pengajian. Guru-guru yang mengajar di waktu itu adalah tokoh-tokoh besar di zamannya. Sayidina Ali bertanya  untuk menguji setiap ulama atau guru yang mengajar di masjid itu. Banyak yang tidak dapat menjawab pertanyaan Sayidina Ali itu. Padahal pertanyaannya mudah saja iaitu ,”Apa yang merosakkan manusia.” Maka beliau sebagai khalifah, orang yang paling bertanggung jawab dalam mendidik masyarakat berkata,” Engkau tidak layak untuk mengajar”.

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service