KISAH ULAMA’

Tangisan Yang Dikasihi Allah

Dalam dunia ini ramai orang yang menangis, akan tetapi sedikit sekali yang didapati orang yang menangis kerana takutkan Allah, menangis kerana mengenangkan hari Akhirat, menangis kerana gerunkan Neraka Allah dan rindukan Syurga Allah. Apa yang kita dapati kebanyakan manusia hari ini menangis kerana hal-hal lain yang bersangkutan dengan kepentingan duniawi semata-mata umpamanya menangis kerana tidak tahan dengan penderitaan hidup, menangis kerana kemiskinan, kesusahan, kesakitan, kehilangan orang yang dikasihi, gagal dalam peperiksaan, kecewa dalam percintaan, putus tunang, dicaci maki dan tidak kurang juga ada yang menangis kerana tersinggung atau kecil hati dengan tingkah laku seseorang.

Ada juga yang menangis kerana suaminya kahwin lagi dan tidak kurang juga ada yang menangis kerana kurang mendapat perhatian serta kasih sayang dari orang yang disayangi. Alangkah ruginya air mata yang dicurahkan ke bumi, sedangkan tiada nilai sedikit pun di sisi Allah. Malang sungguh bagi mereka yang menangis kerana hal lain, bukan kerana Allah, hidupnya menderita dan setiap tangisannya membawa kehancuran. Tidak kurang juga ada yang sanggup mengambil jalan singkat setelah puas menangis mengenangkan nasib diri iaitu dengan membunuh diri atau melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan syariat.

Akan tetapi alangkah bertuah dan beruntungnya orang yang menangis kerana takutkan Allah, kerana gerunkan azab Neraka dan rindukan nikmat Syurga yang tidak terhingga lazatnya kerana mereka ini akan mendapat jaminan rahmat dan pengampunan dari Allah SWT serta mendapat ketenangan jiwa lahir dan batin. Justeru semakin banyak mereka menangis, jiwa mereka semakin tenang dan iman mereka semakin menebal dan mantap. Sebagai buktinya Allah berfirman yang bermaksud:
” Ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Tuhan yang Maha Pemurah, mereka lalu tunduk dan bersujud sambil menangis” – Surah Maryam:58

Pernah berlaku dalam sejarah Islam, seorang Khalifah yang cukup terkenal sifat warak dan zuhudnya yang bernama Khalifah Umar Abdul Aziz, suatu malam beliau bemunajat dengan Tuhan di tingkat atas bangunan kedua, oleh kerana terlalu takutkan Allah dan gerunkan Neraka Allah dan cemas memikirkan nasib diri di Akhirat kelak beliau sujud pada Allah sambil menangis yang teramat sangat hingga titisan air mata beliau menitis ke bangunan bawah melalui celah-celah lubang lantai.

Suatu kisah lagi pernah berlaku dalam sejarah hidp Sayidina Ali k.w.j, wakut itu ketika beliau sedang mengambil wuduk dengan serta merta wajah beliau berubah menjadi pucat dan seluruh tubuhnya menggeletar ketakutan.
Bila ditanya oleh sahabat yang lain,” Wahai Ali, kenapakah keadaan tuan begini?”
Maka dijawabnya ringkas,” Aku takut pada Allah.”

Lihatlah, Sayidina Ali berubah mukanya pucat dan cemas serta menggeletar tubuhnya hanya sekadar mengambil wuduk belum lagi mengangkat takbir utnuk mendirikan solat untuk menyembah Tuhan yang Maha Agung. Begitulah hebatnya keimanan dan ketaqwaan para sahabat dan orang-orang soleh dahulu.

Antara sifat oarang yang takutkan Allah ada dinyatakan dalam Al Quran yang bermaksud:
” Mereka lalu tunduk dengan dagu-dagu mereka sambil menangis dan keadaan itu akan menambah mereka khusyuk.” – Al-Isra’:109

Di alam Akhirat kelak setiap orang akan menangis kerana menyesal akan dirinya tidak beramal tetapi ada orang yang beruntung, ia mampu ketawa dan senyum disaat orang lain menangis. Siapakah mereka itu?  Mereka itulah golongan orang yang dikhabarkan oleh baginda Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud:
” Setiap mata akan menangis di hari Kiamat, melainkan mata yang telah menangis kerana takutan Allah dan mata yang celik kerana berjaga untuk jihad fi sabilillah.”

Sabda baginda lagi:
” Seseorang yang menangis kerana takutkan Allah tidak akan masuk ke dalam Neraka meskipun susu dapat kembali ke dalam tetek ataupun unta dapat masuk ke dalam lubang jarum.”

Mengikut baginda Rasulullah SAW titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah, nilainya sama dengan titsan darah yang tumpah di medan peperangan kerana jihad di jalan Allah.

Anehnya kita hari ini sukar sekali mengeluarkan air mata kerana Allah tapi senang dan mudah sekali mengeluarkan air mata kerana hal-hal lain yang bersangkutan dengan dunia.
Kenapa ini terjadi? Jawapannya kerana tipisnya iman dan rasa tauhid pada Allah. Selain dari itu tidak ada rasa kehambaan pada Allah dalam diri.

Dari itu untuk keselamatan diri kita, marilah kita berusaha melatih diri menangis kerana takutkan Allah bukan kerana hal lain. Peringkat permulaan kalau mata tidak boleh mengeluarkan air mata, cukuplah hati yang menangis. Tetapi awas, jangan tertipu oleh perangkap syaitan, yakni elakkan diri menangis dikhalayak ramai, nanti sifat ujub menguasai diri.

Untuk menyelamatkan hati, menangislah ketika berseorangan di waktu malam yang hening bening, ketika insan lain sedang nyenyak tidur dan dibuai mimpi. Maka ketika ini bangunlah seorang diri untuk bermunajat dengan Allah. Tangiskan dosa-dosa kita yang banyak. InsyaAllah tangisan air mata ketika itu akan ada hasil dan nilainya di sisi Allah.

KISAH TOK KENALI DI KELANTAN

Orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu – Tuk Kenali

Nama Tok Kenali tidak asing lagi di negara ini, dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani. Beliau mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di Kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat julukan ‘Serambi Makkah’. Di samping mengajar, Tok Kenali aktif dalam penulisan, urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan.
(more…)

KISAH SYEIKH MUHAMMAD SAID AL LINGGI

Pemimpin sejati itu adalah penghubung di antara hamba dengan Tuhan. Tidak ada pemimpin ertinya tidak adalah penghubung kepada Tuhan Pencipta alam. Orang ramai perlu kepada penghubung untuk menuju Tuhan. Pimpin diri sendiri sekalipun ulama, tidak mungkin sampai kepada Tuhan. Kerana itulah perlu adanya rasul atau nabi dan juga perlu adanya ulama yang berwatak rasul atau nabi. Untuk memimpin manusia menghubung atau menuju Tuhannya Tidak mahu dipimpin, hanya berjalan sendiri akan gagal menuju Tuhan. Sekalipun niat kita betul dan cuba menujunya Kerana jalan kepada Tuhan jalannya tidak nampak. Ia adalah dipandu oleh pemimpin yang berilmu dan jiwa yang suci kerana pemimpin sejati itu fikirannya terpimpin. Jiwanya bersih tempat ilham Tuhan. Siapa yang tidak mahu dipimpin  Dia akan gagal menuju Tuhan kerana sudah menjadi tradisi sejak zaman-berzaman, adanya pemimpin. Janganlah anggap menuju Tuhan boleh sampai tanpa pemimpin. Nanti yang akan memimpin adalah syaitan. Pimpinan syaitan adalah menyesatkan. Oleh itu harap mengambil perhatian. Setiap orang mesti perlukan pimpinan. Agar segala usahanya sampai kepada Tuhan.

Pemimpin sejati itu adalah penghubung di antara hamba dengan Tuhan. Tidak ada pemimpin ertinya tidak adalah penghubung kepada Tuhan Pencipta alam. Orang ramai perlu kepada penghubung untuk menuju Tuhan. Pimpin diri sendiri sekalipun ulama, tidak mungkin sampai kepada Tuhan. Kerana itulah perlu adanya rasul atau nabi dan juga perlu adanya ulama yang berwatak rasul atau nabi. Untuk memimpin manusia menghubung atau menuju Tuhannya
Tidak mahu dipimpin, hanya berjalan sendiri akan gagal menuju Tuhan. Sekalipun niat kita betul dan cuba menujunya
Kerana jalan kepada Tuhan jalannya tidak nampak. Ia adalah dipandu oleh pemimpin yang berilmu dan jiwa yang suci
kerana pemimpin sejati itu fikirannya terpimpin. Jiwanya bersih tempat ilham Tuhan. Siapa yang tidak mahu dipimpin
Dia akan gagal menuju Tuhan kerana sudah menjadi tradisi sejak zaman-berzaman, adanya pemimpin. Janganlah anggap menuju Tuhan boleh sampai tanpa pemimpin. Nanti yang akan memimpin adalah syaitan. Pimpinan syaitan adalah menyesatkan. Oleh itu harap mengambil perhatian. Setiap orang mesti perlukan pimpinan. Agar segala usahanya sampai kepada Tuhan.


Keistimewaan Asy Syeikh Muhammad Said Al Linggi ialah beliau bukan saja alim empat mazhab feqah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang muktabar tetapi juga terkenal sebagai seorang ulama yang mengembangkan Tareqat Ahmadiah yang diasaskan oleh Asy Syeikh Ahmad Idris Ad Dandrawi r.m. Dan kerana mengembangkan ilmu dan tareqat, beliau menjelajah hingga ke Kampuchea, Thailand dan Singapura, selain di merata Semenanjung Tanah Melayu khususnya negeri asalnya, Negeri Sembilan Darul Khusus.
(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service