KISAH WALI

KISAH TUAN TULIS DI NEGERI SEMBILAN

TUAN TULIS membeli burung yang terkurung dan membebaskannya. Bagaimanapun beliau sendiri memelihara ratusan ekor burung merpati yang dilepas bebas, diberi makan dan minum secukupnya dan  disediakan rumah burung untuk mereka berteduh, bertelur dan beranak-pinak.

TUAN TULIS membeli burung yang terkurung dan membebaskannya. Bagaimanapun beliau sendiri memelihara ratusan ekor burung merpati yang dilepas bebas, diberi makan dan minum secukupnya dan disediakan rumah burung untuk mereka berteduh, bertelur dan beranak-pinak.

Nama sebenar Tuan Tulis adalah Haji Ismail bin Hussein, terkenal sebagai seorang wali Allah yang mendekati masyarakat dengan penuh hikmah. Beliau menjadi tempat rujuk orang ramai dalam pelbagai masalah, khususnya di kalangan penduduk Kuala Talang dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Namanya turut dikenali di kalangan kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, kerana beliau pernah mengubati Yang Dipertuan Besar yang pertama yang uzur di London pada tahun 1925, sedangkan pada ketika itu Tuan Tulis sebenarnya sudah meninggal dunia.
(more…)

“TUHAN TUAN-TUAN SEMUA BERADA DI BAWAH TAPAK KAKI SAYA”

SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI berkata: “Ketahuilah bahawa agamamu akan hilang disebabkan 4 perkara: 1. Kamu tidak mengamalkan apa yang telah kamu ketahui. 2. Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui. 3. Kamu tidak mahu berusaha mengetahui apa yang tidak kamu ketahui, sehingga tetap bodoh. 4. Kamu melarang manusia untuk berusaha mengetahui apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secaraberamai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.

(more…)

MISTERI BAHTERA DI TENGAH LAUTAN

Kalaulah dosa-dosaku itu lautan. Aku telah tenggelam di dalamnya. Aku telah lemas diumbang-ambingkan oleh ombaknya aku dilambung, digulung, dihempas, dipulas rasanya macam tidak mungkin akan selamat lagi, akan berkubur rasanya di dalam lautan yang luas itu, tapi ada orang selamat boleh kembali ke darat, dengan berbagai sebab. Ada yang bersungguh-sungguh berenang ke tepi ada yang berpaut dengan objek-objek yang ada di laut. Tidak kurang ikan lumba-lumba sebagai penyelamat, kapal atau bot yang berulang alik mengutipnya. Ada kalanya ombak yang menolaknya, ke tepian pantai. Ini memberi arti aku tidak boleh berputus asa dengan dosaku yang banyak ini. Allah telah menunjukkan berbagai-bagai jalan untuk menghindarinya, mengakui dosa, menyesalinya, mencerca diri, segera bertaubat, jangan berputus asa, bermujahadahlah selalu. Iringilah seberapa banyak kebaikan. Carilah mursyid yang boleh memandu. Pelajarilah ilmu yang boleh memberi manfaat. Bergaullah dengan orang yang baik. Berdoalah selalu kepada Allah. Tuhan yang Hannan Wal mannan. Pintu hidayah dan taufiknya terbuka setiap waktu.

Angin kencang telah bertiup di tengah lautan. Laut ber gelora tinggi, melanda sebuah kapal besar yang sedang belayar. Gelombang laut semakin menjadi-jadi, membuatkan penghuni kapal yang terdiri daripada ahli perniagaan itu semakin cemas kerana keselamatan mereka mula terancam.

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service