KISAH WALI

PERKAMPUNGAN ISLAM OLEH SYEIKH MUHAMMAD NOR AL KHOLIDI

Di pekan atau di bandar nampak lahirnya indah dan cantik tapi penduduknya tidak tenang hati selalu bimbang satu sama lain tidak kenal mengenal tidak seperti kampung suasananya tidak cantik tapi manusia agak tenang, kebimbangan kurang boleh berkenal satu sama lain - Abuya Ashaari Muhammad

Di pekan atau di bandar nampak lahirnya indah dan cantik tapi penduduknya tidak tenang hati selalu bimbang
satu sama lain tidak kenal mengenal tidak seperti kampung suasananya tidak cantik tapi manusia agak tenang, kebimbangan kurang boleh berkenal satu sama lain – Abuya Ashaari Muhammad

Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi adalah khalifah ke 35 Tareqat Naqsyabandiah dan terkenal sebagai seorang wali Allah dengan berbagai karamah. Beliau juga seorang pemimpin masyarakat yang berwibawa dan berjiwa sufi. Ini terbukti dengan berjayanya beliau memimpin ahli jemaahnya di perkampungan Sungai Cincin, Gombak, sekitar tahun 1894-1919, di mana satu struktur pentadbiran dan undang­undang yang dilagangnya sendiri dapat dipraktikkan.
(more…)

AKIBAT MAKAN KURMA MILIK ORANG LAIN

Kata Ibrahim Adham r.a: Aku bersahabat dengan sebahagian besar ahli-ahli ibadah di Gunung Lubnan. Kebanyakkan daripada mereka memberi nasihat begini: Kalau engkau kembali ke dalam kelompok masyarakat nasihatilah mereka dengan empat perkara: 1. Barang siapa yang banyak makan tidak akan menemui nikmatnya ibadah. 2. Barang siapa banyak tidur umurnya tidak akan ada berkatnya. 3. Siapa yang ingin diredhai oleh manusia sahaja maka janganlah mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT. 4. Barang siapa yang banyak berbicara kosong dan banyak menabur fitnah serta banyak mengumpat, maka ia akan keluar dari agamanya, jadilah ia dari golongan yang su'ul khatimah (akhir hayat yang buruk).

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat untuk berziarah ke Masjidil Aqsa. Sebagai bekalan perjalanan, ia membeli kurma dari pedagang tua yang berniaga berhampiran Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim terlihat sebutir kurma terjatuh dari meja berhampiran dengan timbangan. Menyangka kurma itu sebahagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

(more…)

ZUN NUN DAN CINCIN EMAS

Tuhan! Apalah ada kuasa padaku Kalaupun aku berusaha, ke arah kebaikan usahaku itu pun tertakluk di dalam kekuasaan-Mu. Ertinya aku tidak ada kuasa. Yang ada hanya kuasa-Mu. Kuasaku berlaku kerana bergantung dengan kuasa-Mu. Jika ada kuasaku, ertinya kuasa Engkau jugalah hakikatnya yang berlaku itu. Kuasa-Mu berlaku, Engkau gunakan kuasaku. yang tidak ada kuasa sebagai perantaraan. Ertinya aku tidak ada kuasa sedikit pun. kalau bukan Engkau yang menggerakkan. Aku ibarat cincin di jari. Bergerak jari bergeraklah cincin. Kalau jari tidak bergerak, tidak bergeraklah cincin. Begitulah aku, kalau Engkau tidak gerakkan aku berusaha, tidak adalah usahaku. Usahaku berlaku, kerana adanya kuasa Engkau yang menggerakkan. Maka aku pun dapatlah berusaha. Usahaku yang tertakluk dengan kuasa-Mu. Itulah aku Tuhan, hamba-Mu yang tidak ada kuasa apa-apa. Maha Kuasa Engkau, Maha Agung Engkau. Bukan sahaja aku, bahkan semua makhluk tertakluk dengan kuasa Engkau, kemudian mereka sombong, rasa ada kuasa. Mereka telah menzalimi diri mereka, menganggap ada kuasa. Mereka telah mensyirikkan Engkau dengan dirinya.

Beberapa waktu yang lalu, di Mesir hidup seorang sufi yang tersohor bernama Zun-Nun. Seorang pemuda mendatanginya dan bertanya :”Tuan, saya belum faham mengapa orang seperti tuan mesti berpakaian apa adanya, amat sangat sederhana. Bukankah di zaman yang ini berpakaian moden amat perlu, bukan hanya untuk penampilan namun juga untuk tujuan banyak hal lain.”

Sang sufi hanya tersenyum, ia lalu melepaskan cincin dari salah satu jarinya, lalu berkata : “Orang muda, akan ku jawab pertanyaanmu, tetapi lebih dahulu lakukan satu hal untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Cubalah, bolehkah kamu menjualnya dengan harga satu keping emas.”

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service