HALIMATUS SA’DIAH DAPAT 11 KEBAHGIAAN

...Lahirnya walaupun masih ada ibu tempat bermanja, tapi dari kecil lagi dipisahkan pula dari ibunya, kerana diberi kepada ibu angkatnya, Halimatus Saadiah namanya. Tidak sempat bermanja dengan ibunya, bahkan belum pun sempat kenal ibunya, dipisahkan pula, aduh hibanya hati kita? Ibu angkatnyalah yang memelihara di dalam keadaan miskin pula, empat tahun lamanya. Hati kita ikut terasa luka dibuatnya? Nabi merasa ibu angkatnya itulah ibu kandungnya. Aduh! Baru sedang asyik-asyik bermanja, di dalam belaian ibu angkatnya, memang ibu angkatnya terlalu sayang kepadanya, dipisahkan pula. Sedang berkasih sayang, di antara anak dan ibu angkatnya, ibu kandungnya mengambilnya pula. Sudah tentu sekali sama ada Halimah mahupun Nabi, macam tercabut nyawanya, kerana terpisah dengan orang kesayangannya...

Kita selalu mendengar Rasulullah SAW menjadi anak susu kepada Halimatus Sa’diah. Jadi yang hendak diperkatakan Halimatus Sa’diah. Sudah diperkatakan sebelum ini mengenai Rasulullah SAW. Seorang yang istimewa, seorang yang luar biasa, agung.  Seorang yang kerananyalah dunia Akhirat diciptakan Tuhan.  Jadi apa saja yang berhubungan dengan Rasulullah SAW walaupun satu titik,  lebih-lebih satu huruf, lebih-lebih satu perkataan,  ada maknanya, ada erti, ada benda tersirat, ada benda yang patut kita congkel supaya terserlah.

Halimah nama orang perempuan, kalau nak diterjemahkan kepada bahasa Melayu, Halimah Itu maknanya lemah lembut, berkasih-sayang ataupun orang baik.  Sa’diah, kalau kita merujuk kepada etnik, Halimah yang etniknya Bani Sa’ad. Kalau Sa’diah tu dirujuk kepada Halimah, Halimah yang bahagia. Apa yang nak diperkatakan ialah Halimah yang bahagia.  Sa’diah tu dirujuk kepada pribadi Halimah, bukan kepada etnik. Halimah yang lemah lembut yang bahagia.Tuhan bagi nama Halimah disebut Sa’diah, itu bukan kebetulan. Telah diperkatakan apa yang berhubungan dengan Rasulullah SAW, titik pun ada makna, betapalah 2 perkataan Halimah dan Sa’diah, tentu ada makna yang besar. Sa’diah, yang bahagia. Di zaman jahiliah, sudah jadi tradisi atau sudah jadi budaya siapa melahirkan anak akan diserahkan kepada emak angkat. Tradisi ni sudah berpuluh tahun. Jadi lahirlah dalam tahun tu 40 orang, 41 kalau campur Rasulullah SAW. Ini isyarat bahwa 40 orang tu bakal menjadi sahabat Rasulullah SAW. Etnik Halimah ni satu masa pergi ke Mekkah nak cari anak susu. Waktu pergi tu ada 41 orang bayi.

Kerana keluarga Rasulullah SAW miskin, maka dibungkus Rasulullah SAW tu dengan kain buruk saja, sedangkan anak-anak orang lain yang 40 dibungkus dengan kain-kain dengan sutera yang baik. Bila rombongan Bani Sa’ad ni datang, anak-anak bayi tu semuanya diletak di Kaabah dan terlihat lahiriah. Yang mana nampak cantik itu diambil dulu. Rasulullah SAW, oleh emaknya yang miskin dibungkus dengan kain ala kadar. Tak ada yang minat pergi dan ambil ke tempat Rasulullah SAW. Hingga 40 orang tu dah diambil orang semua. Tinggal seorang saja iaitu Rasulullah SAW. Halimah dan suaminya tertinggal kerana untanya dah tua. Mereka pergi bersama-sama, tapi sampainya tak sama, sebab unta halimah sudah tua, terhegeh-hegeh.Halimah fikir tak dapatlah budak, kalau dapatpun tentulah dapat anak-anak miskin. Bila dia tengok dah tinggal seorang, diapun pergi. Bila dia tengok bayi itu, keluar cahaya. Diapun rasa bahagia. Budak ni bungkusnya saja buruk tapi mukanya bercahaya. Maka dia cakap pada suaminya, Abang tengok budak ni bercahaya, untung kita jadikan anak. Itu bahagia yang pertama.

Itulah yang dimaksudkan Halimah yang bahagia. Sudah jadi tradisi orang yang mendapat anak susuan, dia pergi menuju Hajar Aswad dulu sebelum balik. Di dekat Hajar Aswad, tiba tiba batu Hajar Aswad keluar dari sarangnya dan pergi kepada Rasulullah SAW dan terus mencium Rasulullah SAW. Terkejutlah Halimah. Halimah kata, bahagianya saya. Budak ni mesti ada masa depan. Cadangnya dia nak bawa Muhammad ke Kaabah untuk cium Hajar Aswad, tapi ternyata Hajar Aswad yang cium Rasulullah SAW. Maka dia kata budak ni ada masa depan, mesti jadi orang istimewa tapi tak tahu apa. Itulah bahagia yang ke-2.

Lepas tu, dia pulanglah dengan suaminya, yang lain sudah jauh meninggalkan mereka. Ketika mereka naik unta, terkejut mereka, unta tu jadi gagah. Unta tua tu dapat pintas semua rombongan tadi, terkejut lagilah Halimah dan suaminya. Ini mesti ada kaitan dengan budak ini. Dia cakap, bahagianya kita bang dapat budak yang luar biasa. Ini bahagia yang ke-3.

Akhirnya rombongan tadi dapat dipintas, rombongan tu terkejut. Ada yang tanya, dapat unta baru ke? Mereka kata, Halimah tunggu, tapi unta tu terus saja.Bila sampai di rumah, dia terkejut, semenjak Rasulullah SAW ada di rumah, Halimah tak payah pasang lampu, muka Rasulullah SAW bercahaya sepanjang masa. Terkejut suami isteri itu hingga berkata, bertuahnya kita bang dapat budak ni, dia mesti ada masa depan, sesuai dengan namanya bahagia. Inilah bahagia yang ke-4.

Selama 4 tahun Rasulullah SAW dibelanya. Halimah tu orang miskin, macam Siti Aminah yang juga miskin. Tapi semenjak dapat anak angkat Rasulullah, rezekinya mewah. Mereka hairan dan bahagia. Dah 5 kebahagian.

Semenjak dengan Halimah, Rasulullah SAW tak pernah minta makanan, dibagi dia makan tak dibagi dia tak minta. Tak macam budak lain bila lapar minta makanan. Halimah dan suaminya hairan, mengapa budak Ini diberi makan dimakan tak diberi dia tak minta. Bertuah kita bang, bahagialah kita. Kemudian bila diberi makan tak pernah minta tambah. Anak kita tak, begaduh adik-beradik pasal nak tambah lauk. Rasulullah SAW tidak, berapa banyak dibagi, itu sajalah yang dia makan. Dia tak minta. Suami isteri hairan, Rasulullah SAW tak pernah minta makanan. Kalau diberi makan, dia tak pernah minta tambah. Halimah kata pada suaminya, bertuah kita bang dapat budak ini. Ini bahagia yang ke-6.

Selain tu, waktu ambil Rasulullah SAW sebagai anak susu, susu Halimah bertambah-tambah banyak, Halimah hairan. Selama ni susunya bukan tak ada tapi tak begitu banyak. Tapi semenjak muncul Rasulullah SAW susu mencurah-curah. Peliknya lagi bila dah susu sebelah, nak susu sebelah lagi Nabi Muhammad tutup mulut kuat-kuat. Halimah faham Rasulullah SAW ajar dia yang sebelah ni untuk abangnya Damrah. Sejak kecil lagi Tuhan dah masukkan keadilan pada Rasulullah SAW. Dia tak mau ganggu bagian abangnya punya. Ini bahagia yang ke-7.

Kemudian Rasulullah SAW ni tak pernah menangis, budak macam manapun menangis. Tapi Rasulullah SAW tak. Halimah dan suaminya hairan, budak ni mesti ada masa depan. Ini bahagia yang ke-8.

Suatu masa, Rasulullah SAW bermain-main dengan abang angkatnya nama Damrah. Dia bermain di padang pasir. Tiba-tiba dia telentang macam pengsan. Tapi abangnya tengok dia tak pengsan, terbaring saja. Damrah panggil emaknya, emak mari-mari tengok, adik ini kenapa? Jadi Halimah cepat-cepat datang, sampai kepada Rasulullah SAW diapun peluk.Selepas Rasulullah SAW puas-puas dipeluk, dia tanya, mengapa nak, engkau sakit ke? Rasulullah SAW cakap, ada 3 orang tangkap aku, dibelah dada aku tapi tak sakit, dibasuh-basuh kemudian dijahitnya tak sakit, itu saja. Hairan Halimah. Tak percaya anaknya yang cakap. Nak percaya, iya ke? Halimah cakap pada suaminya, bertuah kita bang, anak kita ni mengalami ini, ini mesti ada masa depan. Dah 9 bahagia.

Kemudian selepas 4 tahun, Rasulullah SAW dibawa oleh Halimah untuk diserah kembali kepada emaknya. Bila diserah balik dia tak tahu apa yang berlaku pada Rasulullah SAW, sebab nak dapat maklumat di zaman tu susah. Tiba-tiba ketika umur Rasulullah SAW 40 tahun terdengarlah berita oleh Halimah, rupanya anak susunya menjadi rasul. Maka dia kata pada suaminya, tak sangka bang, anak susu kita, anak angkat kita jadi rasul. Bahagianya Halimah, suaminya pun rasa bahagia. Ini bahagia yang ke 10.

Tapi nak jumpa Rasulullah SAW susah, Halimah Islam di tangan orang lain bukan di tangan Rasulullah SAW. Cuma satu hari waktu dia dah tua, satu kali dapat jumpa Rasulullah SAW. Waktu dah tua bahagianya Halimah. Bertemu lagi setelah 40 tahun setelah menjadi rasul. Selepas tu Halimah mati. Itulah sekali jumpa Rasulullah SAW. Ini bahagia yang ke-11.

Cerita yang dibawa ni sesuai dengan nama Halimah yang dapat bahagia, banyak kebahagian yang Halimah dapat selepas dia membela Rasulullah SAW. Ini menunjukkan apa saja yang berkaitan dengan Rasulullah SAW, walaupun satu titik dia ada makna, ada maksud, ada simbolik, cuma kita diberi faham atau tidak oleh Allah.

Kalau Allah bagi tahu, macam-macam dapat kita congkel dari Rasulullah SAW walaupun satu huruf. Nama Halimah Sa’diah tu sesuai dengan pengalaman hidupnya. Sebab tu dalam Islam disuruh bagi nama pada anak yang baik-baik, itu doa. Moga-moga budak tu bila dia besar sesuai dengan namanya. Jangan bagi nama yang tak baik atau nama orang kafir atau nama Yahudi, takut-takut Tuhan teruskan macam tu.

Print Friendly
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service