KAUM AAD DISERANG TAUFAN

Keadaan menjadi semakin meruncing membuatkan Nabi Hud terpaksa menyerahkan kaumnya kepada takdir Allah, dengan berkata kepada kaumnya: “Baiklah jika kamu sekalian sungguh meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras tidak menghiraukan dakwahku juga enggan meninggalkan penyembahan terhadap berhala-berhala itu, maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari bencana-Nya dan penyelasan pada waktu itu tidak akan menolongmu. Allah telah menjadi saksiku bahawa aku sudah menyampaikan risalahNya dengan sepenuh tenagaku kepadamu dan akan tetap berusaha sepanjang hayatku memberi penerangan dan tuntutan kepada jalan yang baik yang digariskan oleh Allah bagi hamba-hambaNya.”

Pembalasan Allah terhadap kaum Aad yang engkar itu diturunkan dalam dua peringkat. Peringkat yang pertama berupa kekeringan iaitu kemarau yang melanda ladang-ladang serta kebun-kebun mereka sehingga menimbulkan kecemasan dan kebimbangan kalau-kalau mereka tidak dapat memperolehi hasil dari ladang dan kebun sebagaimana biasanya.

Namun dalam keadaan demkian, Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka, bahawa kemarau itu adalah permulaan seksaan Allah yang dijanjikan dan bahawa Allah masih memberikan kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dar kembali bertaubat, beriman kepada Allah dengan meningga kan pekerjaan menyembah berhala-berhala mereka yang bath itu, juga memohon pengampunan dari Allah agar segera hujan turun kembali dengan derasnya dan terhindarlah mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam.

Akan tetapi mereka tetap berdegil belum mahu mempercayai dan menganggap janji yang dibuat oleh Nabi Hud itu adalah kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap batu-batu berhala memohon perlindungan dan malapetaka yang mereka alami.

Tentangan mereka terhadap janji Allah yang telah diwahyukan kepada Nabi Hud itu segera mendapat jwapan dengan datangnya pembalasan Allah pada peringkat kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yang tebal. Pada pandangan mereka gumpalan awan dan mega hitam itu adalah hujan yang akan segera turun membasahi segenap ladang dan kebun sayuran sedang mengalami kekeringan. Mereka menyambutnya dengan sorak-sorai gembira.

Melihatkan sikap kaum Aad yang sedang bersuka-ria itu, berkatalah Nabi Hud dengan nada yang mengejek,”Mega hitam itu bukanlah mega dan awan rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuran kepada kamu sebagai pembalasan Allah yang telah kujanjikan dan kamu nantikan untuk membuktikan akan kebenaran kata-kataku yan selalu kamu sekalian sangkal dan kamu dustakan.”

Sejurus kemudian menjadi menjadi kenyataanlah tentang apa yang telah diramalkan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang amat dahsyat dan kencang disertai dengan suara gemuruh yang mencemaskan telah memusnahkan bangunan rumah dari dasarnya, membawa berterbangan semua perabot dan milik harta-benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik, mereka berlari tidak ketentuan arah mencari tempat perlindungan. Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anak-anaknya.

Bencana angin taufan itu berlarutan selama lapan hari tujuh malam, sehingga sempat menyapu bersih kaum Aad yang sombong itu dan menamatkan riwayatnya di dalam keadaan yang menyedihkan untuk menjadi pelajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang. Ada pun Nabi Hud serta para-para sahabat yang beriman, telah mendapat perlindungan Allah dari malapetaka yang menimpa kaumnya itu dan tetap berada dalam keadaan selamat, aman dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau-bilau, mendengar gemuruhnya angin dan suara pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan disertai dengan teriakan, tangisan orang meminta pertolongan dan perlindungan.

Setelah suasana kembali tenang dan tanah ‘Al-Alqaf sudah menjadi sunyi-sepi dari segala makhluk, pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana di situ beliau tinggal menghabiskan sisa hayatnya sambil meneruskan dakwahnya sehingga beliau wafat dan dikuburkan di situ, di mana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempatan berhampiran Kota Siwun.

Dari kisah Nabi Hud di atas dapatlah kita ambil beberapa pengajaran untuk dijadikan peringatan kita bersama dalam meneruskan penghidupan di masa akan datang.

Nabi Hud telah memberikan contoh dan sistem yang baik yang sepatutnya ditiru serta diikuti oleh setiap para pendakwah dan ahli penerangan agama. Di mana beliau menghadapi kaumnya yang sombong lagi degil itu dengan penuh kesabaran, keunggulan dan berlapang dada. Beliau tidak sekali-kali membalas ejekan-ejekan juga kata-kata kasar mereka, tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai perasaannya dan tidak sampai hilang akal atau kesabaran. Juga Nabi Hud tidak mudah marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dengan me nuduhnya telah menjadi gila dan sesat. Beliau dengan lemah-lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan penuh hikmah.

Dalam berdialog dengan kaumnya, Nab Hud sentiasa berusaha mengetuk hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara matang, menggunakan akal fikiran yang sihat, dengan memberikan nasihat yang bernas terhadap kebenaran dakwahnya dan kesesatan jalan mereka. Namun hidayah itu adalah dari Allah, Dia akan memberi-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Nya.

Print Friendly
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service