SIAPA ABUYA SYEIKH IMAM ASHAARI AT TAMIMI?

Orang yang kagum dengan dirinya sendiri bukan saja dia tak kenal Tuhan bahkan dirinya sendiri pun dia belum kenal lagi – ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Kemunculannya tepat di waktu dunia yang kian nazak dimamah derita zaman fitnah. Saat segala-galanya telah hancur musnah. Iman, persaudaraan dan seluruh cara hidup menjadi taring-taring tajam yang menggigit lalu membunuh. Semuanya dalam kacau-bilau. Gawat. Lantas dia pun muncul membawa bersamanya sinar dan harapan. Membawa hikmah dan penyelesaian. Membawa obor yang akan membakar segala durjana, menerangi kembali kehidupan yang lesu ini.

KISAH TOK KENALI DI KELANTAN

Orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu – Tuk Kenali

Nama Tok Kenali tidak asing lagi di negara ini, dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani. Beliau mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di Kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat julukan ‘Serambi Makkah’. Di samping mengajar, Tok Kenali aktif dalam penulisan, urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan.

KISAH HABIB NUH DI SINGAPURA

Makam Habib Noh di Singapura


Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah SAW menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Maqamnya yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat terutama pada hari-hari cuti. Pengunjung maqamitu bukan saja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara-negara Asia lain. Ini menunjukkan Habib Nuh r.h. lebih masyhur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya.

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service