KISAH PERUTUSAN RASULULLAH KEPADA RAJA ROM

Mencari kebenaran adalah wajib. Ia merupakan aset yang paling berharga di dua negara. Di negara yang sementara waktu dan negara yang kekal abadi. Kebenaran itu hanya satu. Tidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya. Kebenaran itu hanya yang datang dari Allah Taala yang menjadikan manusia. Kebenaran ialah kejayaan yang paling besar lagi agung.Ia merupakan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat. Kebenaran itu satu jalan yang bersifat rohani dan maknawi. Tapi buahnya dapat dilihat di dalam kehidupan yang sangat indah. Carilah kebenaran itu, jika dapat perjuangkanlah. Kalaulah kebenaran itu di atas gunung, dakilah. Jika di dalam laut, selamlah. Sekiranya di dalam bumi, galilah. Kalau didapati di dalam hutan, terokalah. Mencari kebenaran itu amat susah dan sulit. Memperjuangkan amat pahit tapi di hujungnya manis. Di dalam perjalanannya terseksa, tapi kesudahannya bahagia. Jika kebenaran sudah didapati pertahankanlah bermati-matian. Dengan harta, tenaga dan jiwa. Peganglah kebenaran itu, jangan sampai terlepas. Sekalipun panas.

Kisah perutusan Rasulullah SAW kepada satu kerajaan besar pada zaman Rasulullah iaitu kerajaan Rom di bawah pemerintahan rajanya bernama Hiraklius atau Hercules diperincikan dalam kisah kali ini yang sangat menarik untuk tatapan pembaca sekelian. Ikutilah kisah bersejarah ini seterusnya.

HANZALAH DIMANDIKAN MALAIKAT

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. katanya,: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid”. (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Salah seorang sahabat serta jurutulis kepada Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru sahaja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat Baginda.

KISAH SYEIKH MUHAMMAD SAID AL LINGGI

Pemimpin sejati itu adalah penghubung di antara hamba dengan Tuhan. Tidak ada pemimpin ertinya tidak adalah penghubung kepada Tuhan Pencipta alam. Orang ramai perlu kepada penghubung untuk menuju Tuhan. Pimpin diri sendiri sekalipun ulama, tidak mungkin sampai kepada Tuhan. Kerana itulah perlu adanya rasul atau nabi dan juga perlu adanya ulama yang berwatak rasul atau nabi. Untuk memimpin manusia menghubung atau menuju Tuhannya Tidak mahu dipimpin, hanya berjalan sendiri akan gagal menuju Tuhan. Sekalipun niat kita betul dan cuba menujunya Kerana jalan kepada Tuhan jalannya tidak nampak. Ia adalah dipandu oleh pemimpin yang berilmu dan jiwa yang suci kerana pemimpin sejati itu fikirannya terpimpin. Jiwanya bersih tempat ilham Tuhan. Siapa yang tidak mahu dipimpin  Dia akan gagal menuju Tuhan kerana sudah menjadi tradisi sejak zaman-berzaman, adanya pemimpin. Janganlah anggap menuju Tuhan boleh sampai tanpa pemimpin. Nanti yang akan memimpin adalah syaitan. Pimpinan syaitan adalah menyesatkan. Oleh itu harap mengambil perhatian. Setiap orang mesti perlukan pimpinan. Agar segala usahanya sampai kepada Tuhan.

Pemimpin sejati itu adalah penghubung di antara hamba dengan Tuhan. Tidak ada pemimpin ertinya tidak adalah penghubung kepada Tuhan Pencipta alam. Orang ramai perlu kepada penghubung untuk menuju Tuhan. Pimpin diri sendiri sekalipun ulama, tidak mungkin sampai kepada Tuhan. Kerana itulah perlu adanya rasul atau nabi dan juga perlu adanya ulama yang berwatak rasul atau nabi. Untuk memimpin manusia menghubung atau menuju Tuhannya
Tidak mahu dipimpin, hanya berjalan sendiri akan gagal menuju Tuhan. Sekalipun niat kita betul dan cuba menujunya
Kerana jalan kepada Tuhan jalannya tidak nampak. Ia adalah dipandu oleh pemimpin yang berilmu dan jiwa yang suci
kerana pemimpin sejati itu fikirannya terpimpin. Jiwanya bersih tempat ilham Tuhan. Siapa yang tidak mahu dipimpin
Dia akan gagal menuju Tuhan kerana sudah menjadi tradisi sejak zaman-berzaman, adanya pemimpin. Janganlah anggap menuju Tuhan boleh sampai tanpa pemimpin. Nanti yang akan memimpin adalah syaitan. Pimpinan syaitan adalah menyesatkan. Oleh itu harap mengambil perhatian. Setiap orang mesti perlukan pimpinan. Agar segala usahanya sampai kepada Tuhan.


Keistimewaan Asy Syeikh Muhammad Said Al Linggi ialah beliau bukan saja alim empat mazhab feqah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang muktabar tetapi juga terkenal sebagai seorang ulama yang mengembangkan Tareqat Ahmadiah yang diasaskan oleh Asy Syeikh Ahmad Idris Ad Dandrawi r.m. Dan kerana mengembangkan ilmu dan tareqat, beliau menjelajah hingga ke Kampuchea, Thailand dan Singapura, selain di merata Semenanjung Tanah Melayu khususnya negeri asalnya, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service