KISAH BAGAIMANA RASULULLAH BERKAHWIN DENGAN JUWAIRIYAH

"Tiada siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini." JUWAIRIYAH

Wanita yang paling bertuah di dunia ini ialah wanita yang menjadi isteri Rasuluilah. Kerana bila seorang wanita itu berkahwin dengan Rasulullah maka dengan sen dirinya Allah mengangkat darjat wanita tersebut. Sesiapa pun tidak boleh menandingi darjat itu sekalipun wanita solehah yang ibadahnya hebat, puasanya tiap hari, zikirnya banyak, akhlaknya cantik dan lain-lain ibadah yang termampu dilakukannya. Darjat Ummul Mukminin atau “Ibu orang-orang beriman” adalah darjat tertinggi dari Allah yang diberikan hanya kepada wanita yang bergelar isteri Rasulullah. Sudah selayaknya darjat itu diberikan kerana hanya wanita itu saja dapat bergaul, berhubung mesra seterusnya mengurus segala keperluan yang dihajati oleh Rasulullah. Rasulullah adalah orang yang paling sempurna dan sangat Allah cintai hingga kerana itu Allah SWT ada berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan dunia ini melainkan kerana Muhammad.”

Bila menjadi isteri Rasulullah bermakna sanggup menghadapi berbagai kemungkinan. Dia juga terpaksa berkongsi apa saja yang dihadapi oleh Rasulullah samada kesusahan, penderitaan dan kata nista. Kerana Rasulutlah adalah seorang pejuang dan perjuangannya itu memerlukan pengorbanan yang besar. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh kesemua isteri-isteri Rasulullah.

Mari kita menyingkap kisah salah seorang daripada isteri Rasulullah. Kalau dulunya (sebelum berkahwin dengan Rasulullah) adalah seorang yang sangat anti dengan Rasulullah dan perjuangan baginda menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, tetapi bila Allah menghendaki dengan mudah saja Allah boleh memutarkan hatinya dan akhirnya dia adalah salah seorang yang sangat-sangat mencintai baginda dan mencintai perjuangan baginda. Dia sanggup mengorbankan segala kemewahan dan keseronokan hidup demi cintanya pada baginda.

Juwairiyah. Begitulah indah namanya, sebagaimana cantiknya akhlak dan peribadinya. Rasulullah memberikan nama tersebut sebaik saja baginda mengahwininya. Sebelum ini nama beliau ialah Barrah binti Al Harris Ad Dirar, keluarganya berketurunan Yahudi iaitu dari Kabilah Bani Al Mustaliq. Ayahnya adalah pemimpin puak tersebut yang mana beliau juga sangat memusuhi Islam dan memusuhi Rasulullah sendiri. Tapi akhirnya ayah dan seluruh kaumnya semua memeluk Islam iaitu berkat perkahwinan Juwairiyah dengan Rasulullah. Inilah hikmahnya perkahwinan Rasulullah, Rasulullah tidak akan sekali-kali menikahi dengan seseorang melainkan ada strategi perjuangan di sebalik perkahwinan itu, walaupun sebenarnya juwairiyah adalah seorang janda.

Kisahnya bermula begini. Selepas b?rlakunya peperangan Khandaq yang mana setelah Rasulullah bermesyuarat bersama pihak Yahudi untuk bertahan di dalam kota Madinah untuk menentang musuh dari kafir Quraisy, di saat-saat akhir pihak Yahudi itu telah memungkiri janji. Kesan dari itu Rasulullah tidak lagi memberi peluang kepada kaum Yahudi itu dan akhirnya peperangan berlaku antara pihak Muslimin dengan kaum Yahudi Bani Mustaliq itu. Pihak Yahudi yang belot itu akhir- nya kalah teruk, ramai di antara tentera mereka yang mati termasuklah suami Juwairiyah dan Juwairiyah sendiri menjadi tawanan perang. Beliau menjadi tawanan perang kepada seorang sahabat Rasulullah bernama Sabit bin Qias. Begitulah juga tawanan yang lain telah pun diagih-agihkan menjadi tawanan kepada umat Islam termasuklah harta ghanimah (harta rampasan perang).

Menyedari yang dirinya telah jatuh ke tangan musuhnya, maka Barrah (Juwairiyah) mengambil keputusan untuk menebus dirinya. Sabit bin Qais telah mengenakan tebusan yang tinggi kerana dia tahu Barrah adalah seorang puteri kepada orang yang ternama dan terkaya di kalangan kaumnya. Maka sudah tentu ayahnya tidak keberatan membayar berapa saja untuk menyelamatkan anaknya. Oleh kerana Sabit mengenakan tebusan yang terlalu tinggi, Barrah bimbang permintaan itu akan membawa akibat yang melampaui batas, ialu Barrah mengambii keputusan untuk berjumpa dengan Rasulullah sendiri untuk menyetesaikan masalahnya. Ketika itu Rasulullah berada di rumah Siti Aisyah. Apabila berhadapan dengan Rasuiullah, beliau pun mengajukan masalahnya.

“Ya Rasulullah, saya adalah Barrah binti Al Harris bin Dirar, anak kepada penghulu kaumku.Tujuan kedatangan saya ini, sebagaimana tuan ketahui iaitu saya menjadi bahagian Sabit bin Qais. Tetapi saya telah diberinya kesempatan untuk menebus diri saya dengan bayaran sebanyak 9 uqiyyah (1 uqiyyah bersamaan 1 setengah tahil emas). Sekarang saya datang kepada tuan dan bermohon agar tuan membantu saya dalam hal ini agar dengan itu saya dapat melepaskan diri saya (dari perhambaan) ini,” katanya bersungguh-sungguh.

Rasulullah diam seketika. Baginda mengamat-amati ucapan Barrah itu, sambil baginda berfikir. Barrah, puteri pemimpin Bani Mustaliq itu juga diam bila lihat Rasulullah SAW menundukkan kepalanya. Apa yang difikir dan disedihkan oleh baginda. Hati Barrah tertanya-tanya.

Sebentar kemudian Rasulullah mengangkat kepalanya dan memandang kepada Barrah yang sedangdiam membatu di hadapan baginda. Rasulullah dengan nada lembut berkata, “Adakah mahu bagimu yang lebih baik daripada yang kamu minta itu?” tanya Rasulullah SAW.

“Apalah lagi ya Rasulullah,” Barrah lantas bertanya.

“Begini,” ujar Rasulullah, “Biarlah aku bayarkan tebusan dirimu yang diwajibkan oleh Sabit bin Qais, kemudian aku mengahwini engkau,” Rasulullah berterus-terang.

Mengakhiri ucapan Rasulullah SAW itu spontan Barrah menjawab, “Baiklah, ya Rasulullah. Saya setuju.”

Rasuluilah menepati janjinya. Baginda membayar wang tebusan sebanyak yang dipinta oleh Sabit dan mengahwini Barrah. Kini, Barrah bukan lagi seorang hamba, tetapi darjatnya telah naik ke taraf Ummul Mukminin. Sejak itu namanya ditukar oleh Rasulullah kepada Juwairiyah.

Rasulullah SAW bersabda: Dunia adalah sebaik-baik tempat dan sebaik-baik tempat di dalam dunia adalah wanita yang solehah

Berita perkahwinan Rasuiullah SAW dengan Juwairiyah cepat tersebar kepada umum. Tidak ada seorang pun tidak tahu tentang perkahwinan itu. Ada yang dengar dengan perasaan gembira dan bersyukur dan ada mendengarnya dengan perasaan berbuku di hati dan dendam. Walau apa keadaan sekalipun ragam masyarakat mendengarkan berita itu, namun Allah SWT jua mengetahui dan tetap mengurniakan nikmat yang besar kepada perkahwinan Juwairiyah dengan Rasulullah itu. Masakan Juwairiyah tidak gembira berkahwin dengan seorang pemimpin umat yang dikasihi oleh Allah SWT. Kaum Muslimin yangada menawan keturunan Bani Mustaliq sebagai hamba sahaya apabila mendengarkan berita itu, lantas mereka berkata, “Tidak layaklah kiranya biras atau ipar-ipar Rasulullah SAW dijadikan hamba sahaya.”

Lantaran itu para sahabat yang memiliki bekas tawanan perang Bani Mustaliq yang dijadikan sebagai hamba, memerdekakan hamba-hamba mereka tanpa wang tebusan. Inilah keberkatan yang Allah SWT limpahkan kepada Juwairiyah kerana perkahwinannya dengan Rasulullah SAW.

Khabar gembira ini disambut oleh kaum Bani Mustaliq dengan penuh kesyukuran. Dalam hal ini pemah Sayidatina Aisyah, Ummul Mukminin berbicara dengan katanya, “Sungguh telah dimerdekakan dengan sebab perkahwinan itu, seratus keluarga kaum Bani Mustaliq. Maka tidak pernah kuketahui seorang wanita yang banyak berkatnya atas kaumnya, lebih daripada Juwairiyah.”

Kerana itu jugalah ayahanda Juwairiyah iaitu Al-Haris bin Abi Dirar memeluk Islam di hadapari Rasulullah SAW. Dan ada di kalangan mereka tidak mahu kembali ke desa dan kaum mereka tapi lebih suka tinggal di Madinah saja bersama Rasulutlah SAW.

Begitulah besarnya berkat perkahwinan Juwairiyah dengan Rasulullah SAW.

Sejak perkahwinannya, Juwairiyah tidak ke mana-mana, dia lebih suka menetap di rumah yang disediakan oleh Rasulullah SAW di sisi masjid Madinah. Dia juga seorang yang mempunyai paras wajah yang menawan dan ini juga menimbulkan perasaan cemburu pada isteri-isteri Rasululah SAW yang lain. Sikap cemburu itu hanya dapat dilihat dengan kerdipan mata antara satu sama lain, mengata-ngata di antara mereka, dan ada juga yang menyatakan rasa cem- burunya itu dengan sikap dan kata- kata. Hal itu menimbulkan perasaan tidak senang di hati Juwairiyah dan segera diadukannya kepada baginda Rasulullah SAW.

“Wahai Rasulullah, isteri-isterimu yang lain terasa bangga dan lebih mulia daripadaku. Apalagi mereka mengatakan bahawa saya tidak tuan kahwini (maksudnya hanya sebagai hamba sahaya Rasulullah saja),” katanya.

Bila mendengar aduan itu, Rasulullah SAW tidak senang duduk melihat ragam isteri-isterinya. Yang lebih Baginda tersinggung biIa mengatakan Juwairiyah hanya sebagai hamba sahayanya.

Rasulullah SAW berkata, “Wahai Juwairiyah! Bukankah aku telah memberimu mahar yang mahal yang telah memerdekakan empat puluh orang daripada kaummu.”

Ucapan itu membuatkan hati Juwairiyah gembira, tidak jadi memberontak. Dia dapat menenteramkan hatinya dan membuat kebaikan terhadap isteri-isteri Rasulullah yang lainnya. Itulah sifat yang ada pada diri isteri yang barakah ini setelah diberi penawar oleh Rasulullah SAW.

Setelah Rasulullah SAW wafat, Juwairiyah tetap teguh imannya dan semakin hampir dia di sisi Allah SWT. Baki usianya yang sedikit itu sejak kewafatan Rasulullah SAW telah dihabiskannya untuk berdamping dengan Allah SWT.

“Tiada siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini,” itulah bisikan hati Juwairiyah dalam menghabiskan hidupnya beribadah kepada Allah SWT.

Juwairiyah juga seorang perawi hadis selain daripada Aisyah Ummul Mukminin, terutama yang berhubung rapat dengan masalah hukum syariat. Di antara beberapa masalah yang diriwayatkannya dari Rasulullah iaitu: “Pernah Rasulullah masuk ke rumahku dan didapatinya aku sedang berpuasa {puasa sunat). Kemudian Rasulullah bertanya kepadaku: “Adalah kelmarin engkau berpuasa?”

“Tidak,” jawabku. Kemudian Rasulullah bertanya lagi: “Apakah esok nanti engkau mahu berpuasa?”

“Tidak,” jawabku lagi. Lantas Rasulullah bersabda: “Kalau demikian berbukalah!”

Pada suatu masa yang lain Rasulullah datang ke rumahku, lalu bertanya kepadaku, “Apakah engkau punyai makanan?” Aku menjawab, “Tidak ada ya Rasulullah! Kecuali tulang kambing yang diberikan menantumu yang berasal dari sedekah.” Beliau bersabda, “Hidangkanlah kepadaku, kerana hukum sedekah telah hilang dan ia menjadi halal bagi kita.”

Dengan demikian jelaslah sudah bagi kita kedudukan Juwairiyah selaku Ummul Mukminin bukan saja menjadi ibu segala orang yang beriman, kuat ibadahnya kepada Allah dan guru kepada masyarakatnya selama kepergian Rasulullah SAW, tetapi dia juga muncul sebagai seorang perawi hadis yang luas pengetahuannya.

Juwairiyah meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun ke 50 Hijrah. Ketika itu di zaman pemerintahan Khalifah Muawiyah. Dalam usianya menjangkau 65 tahun, Juwairiyaah telah ditakdirkan oleh Allah SWT untuk tamat masanya menjalani kehidupan di dunia dan kembali ke hadrat Allah SWT dengan membawa segugus hati yang merindui-Nya. Kerinduannya itu dapat dirasai oieh sahabat-sahabat baginda dan wanita-wanita Mukmin dengan linangan air mata kerana Juwairiyah wanita yang banyak membawa barokah kepada orang-orang yang hidup sezaman dengannya.

KISAH ABU YAZID AL-BUSTAMI DAN PADERI KRISTIAN

Abu Yazid Al-Bustami - Kami menyelami lautan yang para Nabi sudah berhenti di pantainya

Abu Yazid Al Bustami sejak kecil taat kepada Allah dan suka berbuat kebajikan. Kedua orang tuanya selalu menjaga diri untuk tidak makan kecuali yang halal. Abu Yazid, sejak dalam kandungan dan menerima air susu ibunya, tidak pernah berkenalan dengan barang Syuhbat, apa lagi haram. Pada tahap awal keinginannya, jika mendengar suatu kebaikan, beliau mudah lupa.

” Apakah ibu ingat pernah memakan sesuatu yang haram atau Syuhbat ketika mengandung atau menyusuiku, sebab jika mendengar kebaikan aku mudah lupa ? ” tanya Abu Yazid kepada ibunya.

” Anakku, suatu hari ketika sedang mengandung atau menyusuimu, aku melihat sepotong keju tergeletak di tempat fulan. Saat itu aku sedang mengidam, dan benar – benar menginginkan keju itu. Lalu ku ambil secuil keju dan kumakan tanpa sepengetahuan pemiliknya. “

Mendengar jawaban ibunya, Abu Yazid segera mengunjungi pemilik keju itu.

” Wahai fulan, dahulu ketika mengandung atau menyusuiku, ibuku telah memakan secuil kejumu. Sekarang aku mohon agar engkau sudi memaafkannya, atau engkau tetapkan berapa harga secuil keju itu, nanti aku akan membayarnya, ” kata Abu Yazid setelah bertemu pemilik keju.

” Ibumu telah kumaafkan dan apa yang ia makan telah kuhalalkan, ” kata pemilik keju.

Sejak saat itu, Abu Yazid tak pernah lupa, bila mendengar kebaikan. Anggota tubuhnya semakin ringan untuk berbuat kebajikan.

Pada suatu malam Abu Yazid Al Bustami dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke  gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut. Menjawab 50 soalan bertanya satu soalan

Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.”

Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.

Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan. Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.

Katanya, “bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.”

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.

“Bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

ORANG mukmin tidak mengikat dirinya lebih-lebih lagi hatinya tidak terikat dengan dunianya...

Berikut adalah pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawapan Abu Yazid Al-Bustami

1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.

13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.

14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.

18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.

19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.

20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat.”

22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan. Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

Di antara sifat orang mukmin itu, bersyukur dengan nikmat, memadai apa yang ada, sabar dengan penderitaan, redho dengan ketentuan, menderita dengan dosa

26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina

32. Binatang yang paling utama.
Kuda.

33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.

34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.

35. Tentang Atta’mah.
Hari Kiamat.

36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.

37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji. Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

42. Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?

49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.

50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.

KISAH DUA ORANG SAHABAT DAN POHON KURMA

Sifat atau watak seorang kawan terhadap kawannya

Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah. Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, jika hendak dikhabarkan seribu satu kisah cinta, langsung tak tertanding dengan kisah persahabatan mereka. Allah menaungi ukhwah kedua-dua sahabat ini, langsung tak terusik oleh syaitan dan iblis. Mereka berkongsi kisah suka dan duka, tawa dan tangis bersama, susah dan senang, sakit dan sihat bersama, dan segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;

“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan dan segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”

Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”

“Sesungguhnya iblis dan syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ dan takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita. Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.

Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”

Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit dan bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik, dan pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ. Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.

Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”

“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri. Astaghfirullahal azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu. Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.

“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang. Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.

“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini. Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.

Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua. Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.

“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?” Tanya sahabat pertama.

Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.

“Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah dan daging kita tidak halal di sisi Allah.” Sahabat pertama memberi cadangan.

“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita. Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya. Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan dan menghalalkan apa yang telah kita makan. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.

“Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini. Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,” kata sahabat pertama.

Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata, “Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku. Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”

“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja. Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.

“Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.

“Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini. Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!” Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut. Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.

Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama, “Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita? Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah. Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah. Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”

“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku. Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon. Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama.

“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa. Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini. Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini. Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu. Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat. Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,” maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ. Kebencian merajai segenap hatinya….

Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.

“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya. Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat, dan aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku. Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula. Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”

Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu.

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service