RASULULLAH MODEL KASIH SAYANG PALING AGUNG

Rasulullah pilihan daripada seluruh rasul pilihan. Pilihan atas pilihan untuk rasul akhir zaman. Membawa Quran dari Tuhan. Untuk panduan umat kemudian. Hatinya bersih, sabarnya keras, Ulul Azmi tidak ada taranya. Berbagai-bagai rintangan, bermacam-macam cabaran. Menghadapi puluhan peperangan, hatinya tahan. Seluruh hidupnya di dalam penderitaan, tidak pernah surut di dalam perjuangan. Betullah Rasul contoh daripada segala contoh seluruh rasul pilihan...

Berikut adalah sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menun jukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam lebih-lebih lagi oleh para ulamanya. Dan sepatutnya kasih sayang inilah yang diratakan di seluruh dunia kini.

1. Pemah   seorang   Arab   Badwi   menarik   dengan   begitu kasar  jubah  buatan  Najran  yang  kasar  kainnya,  yang  dipakai oleh  Rasulullah  SAW  hingga  berbekas  leher  baginda.  Tetapi Rasulullah   SAW   tidak   marah,  malah   menghadiahkan   jubah itu   kepada   Arab   Badwi   tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW   dengan   meletakkan   duri,   najis   dan   lain-lain   halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada  satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan  kasih  sayang  terhadapnya.  Wanita  tua  itu   terharu   dengan   kebaikan   Rasulullah,   lantas   memeluk   Islam   di tangan  baginda.

3.  Rasulullah    SAW   pernah   dilihat   oleh   para    Sahabat- nya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat mene- gurnya,  “Engkau mencium anak  kecil,  ya Rasulullah?” Kerana   pada   sangkaannya   Rasulullah   tidak   pernah   mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak  mengasihi,   dia  tidak akan  dikasihi. ”

4. Rasulullah SAW  sangat mengasihi  Sahabat-saha- batnya.  Jika  seorang  Sahabat  sudah  dua  tiga  hari  tidak  ke- lihatan,  baginda  akan  bertanya,  “Ke  mana  perginya  si  polan-si   polan   itu…”

5.  Jika ada  orang yang meminta tolong pada  Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai   70 hajatnya. ”

6.     Pemah   satu   ketika   seorang   Arab   Badwi   kencing  di satu  sudut  dalam  Masjid  Nabi.   Ada  di  antara  para   Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya.”   Setelah    lelaki   tersebut   selesai,   Rasulullah SAW   sendiri   membasuh   najis   itu   dan   kemudiannya   barulah memberitahu Arab Badwi tersebut  adab-adab di dalam masjid.

7.   Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid  bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling   dengan   batu   oleh   kanak-kanak   dan   pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut.   Akibatnya,   lutut   Rasululah   SAW   telah   berdarah.

Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah   sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW   menolaknya   dan   berkata,   “Jangan,  mereka   tiduk    tahu saya   ini rasul-Nya. ”

Malaikat  menjawab:  “Tuan  benar.”

Selepas  itu  baginda  terus  berdoa  untuk  penduduk  Thaif: “Ya  ALLAH berilah    petunjuk bagi    kaumku mereka tidak mengetahui.  ”

8.  Pernah  seorang  Sahabat  duduk  secara  menghimpit paha atas  paha dengan Rasulullah SAW.  Baginda membiarkannya   sahaja   untuk   menjaga   hati  Sahabat   tersebut  supaya  tidak   menganggap   yang   Rasulullah   SAW   tidak   sudi duduk  bersamanya.

9.  Sewaktu    hijrah   ke   Madinah,  Rasulullah   SAW   telah’ dikejar   dengan  kuda  oleh  seorang  bernama  Suraqah  yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy    Makkah    jika   berjaya  membunuh Rasulullah  SAW.

Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, aetiap     kali  itulah  kudanya  tersungkur  jatuh.  Rasulullah  SAW, tidak    bertindak    apa-apa.     Rasulullah    memaafkannya.   Akhirnya  Suraqah   menyerah   dan  berjanji   tidak  akan   cuba   membunuh   Rasulullah   SAW   lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bemama Da’thur men- dapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus   melompat   dan   meletakkan   pedangnya   di   leher   Rasulullah   SAW   dan   berkata,   “Siapa   yang   akan   menyelamatkan nyawa   kamu dari   tanganku?”

Rasulullah SAW  spontan menjawab,“ALLAH!”

Mendengar  jawapan  Rasulullah  itu,  Da’thur  menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan. Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang ukun   menyelamatkan   kamu   dari   tanganku?”

Da’thur tergamam dan   menjawab, “Tiada siapa.” Akhimya   Rasulullah SAW memaafkan Da’thur.  Melihat kasih   sayang   yang   ditunjukkan   oleh   Rasulullah   SAW   itu, Da’thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak- anaknya  dan  bertimbangrasa  dengan  isteri-isterinya.  Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda   juga   membantu   kerja-kerja   rumah  dan   menampung jubah   dan   kasutnya   sendiri.

12. Rasulullah   SAW   selalu   berjalan   dengan   fakir   miskin dan   sering   menziarahi   janda-janda,   bertanya   akan   keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan  minum  dan  bermesra  dengan  mereka.

13. Pernah di satu pagi Hari Raya,  Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “mengapa   engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati   syahid  sementara  ibu  saya sudah  berkahwin  lain.  Nasib saya terbiar dan  saya tidak ada  baju baru dan lain-lain persediaan   untuk   berhari   raya.”

Rasulullah SAW mengalirkan air  mata mengenangkan nasib    kanak-kanak    tersebut.    Baginda    berkata:“Sukakah  kamu  kalau  aku  menjadi  ayahmu  dan  Aisyah (isteri   Rasulullah)   menjadi   ibumu?”

Sungguh   tidak   terkira   gembiranya   rasa   hati  kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya.

Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak  itu  dimandikan,    dipakaikan    dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa  gembiranya hati ka- nak-kanak   itu,   begitulah   gembiranya    hati  Rasulullah   SAW kerana     dapat     menggembirakannya.

14.  Pada ketika   yang   lain,   dalam   perjalanan   menuju   ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya)  sedang  menangis  di  tepi  jalan.  Bila  baginda  tanya- kan  mengapa  menangis,  budak  itu  menjawab  bahawa  dia menangis  kerana  duit  yang  diberi  oleh  tuannya  telah  hilang. Rasulullah   SAW   terus   mengganti   duit   yang   hilang   itu   de- ngan   duit   baginda   sendiri.

Tetapi  apabila   baginda   balik  dari  pasar,  dilihatnya   budak yang   sama  masih   menangis.

“Kenapa kamu masih menangis? ”  tanya Rasulullah SAW.

“Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul   oleh   tuan   saya  kerana  saya sudah   terlambat   pulang dari   pasar,”   jawab   budak   itu.

Untuk   mengelakkan   budak   itu   daripada   dimarahi,   Rasu- lullah   SAW   sendiri   menemaninya   pulang. Rupanya   rumah itu   dihuni   oleh   sekumpulan   wanita.   Rasulullah   SAW   terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam     Rasulullah   SAW   itu   dijawab.   Rasulullah   SAW   bertanya, “‘Apakah   kamu tidak dengar  salam    saya   sebelumnya ? ”

Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada   Rasulullah SAW banyak kali…”

Rasulullah SAW terus menerangkan   mengapa   budak   itu lambat.  Baginda  meminta supaya   budak   itu   tidak   dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya.

Mendengar   kata   Rasulullah   SAW   itu,   kumpulan wanita itu   lantas berkata,  “Tidak,   ya   Rasulullah. Mulai sekarang, kami  merdekakanlah  budak   ini.” Itulah  kesan  kasih   sayang  yang  ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda   sangat  menjaga   hak-hak   jiran.   Baginda   tidak   pernah melakukan   sesuatu   yang   menyakiti   hati  jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah   kepada   jiran   Yahudinya   itu.

17. Rasulullah SAW juga  sangat mengambil berat tentang hak-hak  kafir  zimmi.  Baginda  bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir  zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya(penebusnya) ”

18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebut cepat mati dan tidak lama  dalam kesakitan.

Rasulullah SAW sering   mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung.

Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut.

Ketika dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah di tahun   kemenangan,   Rasulullah   melihat  seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan mem- bujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk me- nyusu.  Maka  Rasulullah  meminta  seorang  Sahabat  untuk menjaga jangan sampai ada dari kalangan anggota rombongan baginda  yang  mengganggu  anjing  itu dan anak-anaknya.

Ketika Rasulullah melihat seekor  himar yang telah di- beri  tanda   dengan   besi  panas   di  mukanya,  baginda  menen- tangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.

19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang  lelaki  yang  memohon  kepada  beliau,  “Wahai Ra- sulullah, berdoalah untuk  kebinasaan mereka.”

Rasulullah berkata, “Ya  ALLAH, berilah  petunjuk ke- pada kabilah Saqif dan   bawalah mereka (ke jalan yang benar).  ”

20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian   seperti apa yang   beliau   pakai,   lalu ada orang bertanya,  “Mengapa kamu berbuat demikian?”

Abu Zar menjawab,  beliau  mendengar  Rasulullah   berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka  dijadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di   bawah   kekuasaannya   (di   bawah jagaannya), hendaklah dia  memberi  makan dengan  apa, yang dia makan  dan   memberi  pakaian dengan pakaian yang   ia pakai,   dan   janganlah   hamba   itu  disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka, diperintahkan   bekerja   maka bantulah   mereka.”

 

Print Friendly
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service