nav-left cat-right
cat-right

KISAH KELAHIRAN RASULULLAH

Rasulullah SAW namanya Muhammad bin Abdulah bin Abd Muthalib bin Hasyim bin Manaf. Abdul Muthalib ini sebelum ada anak-anak, dia pernah bernazar kepada Tuhan kalau dia dapat 10 anak lelaki dia akan sembelih seorang. Setelah berbelas belas tahun berkahwin dapat 10 anak lelaki diantaranya Abu Lahab, Saidina Hamzah, Abu Thalib dan lain-lain. Tetapi yang bungsunya Abdullah.

Jadi bila dapat 10 anak lelaki dia pun teringat nazarnya, dia hendak tunaikan nazarnya, hendak sembelih seorang. Bila hendak sembelih, yang mana satu, semuanya anak-anak dia. Dia mengadukan hal ini kepada seorang ahli nujum di zaman itu, macam mana nak buat? Ahli nujum bagi tahu dia, buat undi. Siapa yang kena, itulah yang disembelih. Cara orang Arab ini, walau hidup di zaman jahiliah, janji dipatuhi. Janji itu Abdul Muthalib terpaksa patuhi.

Setelah menerima nasihat dari ahli nujum, dia buat undian di kalangan anak-anaknya. Bila diundi kena pada Abdullah, sedangkan ia anak yang paling disayangi, anak bongsu. Kemudian dia pergi tanya lagi pada ahli nujum. Ahli nujum suruh undi lagi. Maka Abdul Muthalib buat undian kedua, tapi kena pada Abdullah juga. Mengadu lagi, diundi lagi kena Abdullah lagi. Dia buat undian kali ke 9, kali ke 10 masih kena Abdullah. Mengadu lagi dia kepada ahli nujum, undian saya mengena pada anak yang paling saya sayang, yang paling cantik. Ahli nujum jawab, kalau begitu engkau sembelih saja 100 unta untuk mengganti Abdullah. Akhirnya Abdullah selamat.

Demi mengingati peristiwa ini, sebab tu bila Rasulullah SAW menjadi Rasul, salah satu syariat Rasulullah SAW iaitu siapa membunuh orang, tebusannya sembelih 100 unta. Jadi ada syariat dalam jahiliah yang dikekalkan oleh Tuhan, diantaranya siapa yang buat dosa bunuh orang, dia kena tebus dengan menyembelih 100 unta. Kekal sampai hari ini.

Selamatlah Abdullah daripada disembelih. Diantara 10 anak lelaki ni Abdullahlah yang paling disayangi bapanya Abdul muthalib. Tapi oleh kerana Abdullah ini hendak melahirkan zuriat iaitu Nabi akhir zaman, Tuhan bagi tanda di dahinya ada cahaya, dari pada budak lagi. Terutama waktu malam, bila dia pergi mana-mana orang nampak cahaya di dahi, mereka berkata, ini Abdullah datang, sebab mana ada orang bercahaya di dahi. Tapi tidak ada yang tahu cahaya itu cahaya apa.

Rupanya di kalangan ramai ini ada seorang yang tahu. Yang tahu seorang perempuan namanya Fatimah Syam. Dia tahu bahwa orang yang bercahaya di dahi tu akan melahirkan Nabi akhir zaman. Maka dia jatuh hati kepada Abdullah. Dia cuba pikat Abdullah. Kalau dalam bahasa sekarang dia mengorat Abdullah sebab dia tahu dari Abdulah ini akan lahir seorang Nabi. Dia pujuk, dia rayu dia ajak kawin, tapi Abdullah tidak mahu. Akhirnya Abdullah dipinang oleh Siti Aminah. Abdullah mahu. Maka lahirlah daripada Abdullah, Muhammad, ibunya Aminah. Tapi Nabi Muhammad SAW tidak sempat melihat ayahnya. Waktu baru 2 bulan dalam kandungan, Abdullah pergi ziarah keluarganya, dia meninggal di tengah jalan.

Emaknya tidak perasan lagi hingga ke 9 bulan, sebab tidak ada tanda atau kesan, cuma setiap malam mimpi jumpa perempuan-perempuan mulia seperti Siti Asyiah, Masyitoh dan lain lain yang memberitahu dia,”Hai Aminah bertuahlah engkau, engkau akan melahirkan anak yang menjadi Nabi akhir zaman.”

“Iya ke, aku tidak mengandung” kata Aminah. Hampir setiap malam, dia mimpi. Kata-kata itu diulang, hai Aminah bertuahnya engkau, kerana akan melahirkan Nabi akhir zaman. Aminah hairan, sebab mimpi dan realiti tidak sama sebab dia fikir dia tidak mengandung. Rupanya bila 9 bulan lahir anak, pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.

Waktu lahir, dia tidak macam anak-anak lain lahir, kalau anak-anak lain emaknya rasa sakit, keluar darah. Ini bersih elok bagus. Anak-anak lain bila keluar menangis, dia tidak menangis.

Print Friendly