Posts Tagged ‘Islam’

KISAH ABDULLAH BIN UMMI MAKTUM

Tanda seorang yang mempunyai hati yang hidup (tidak buta) ialah dia sentiasa merasai diawasi oleh Allah - ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Tanda seorang yang mempunyai hati yang hidup yakni tidak butaialah dia sentiasa merasai diawasi oleh Allah – ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Abdullah bin Ummi Maktum, nama sebenarnya Abdullah bin Umar bin Syuraikh, seorang sahabat suku Quraisy yang termasuk peserta hijrah ke Madinah rombongan pertama. Beliau sampai di Madinah sebelum kedatangan Rasulullah saw. Abdullah mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Rasululah saw. Dia adalah sepupu Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid ra. Bapanya Qais bin Zaid, dan ibunya ‘Atikah binti Abdullah. Ibunya bergelar ‘Umi Maktum’ kerana anaknya Abdullah lahir dalam keadaan buta.
(more…)

SIAPA ABUYA SYEIKH IMAM ASHAARI AT TAMIMI?

Orang yang kagum dengan dirinya sendiri bukan saja dia tak kenal Tuhan bahkan dirinya sendiri pun dia belum kenal lagi – ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Kemunculannya tepat di waktu dunia yang kian nazak dimamah derita zaman fitnah. Saat segala-galanya telah hancur musnah. Iman, persaudaraan dan seluruh cara hidup menjadi taring-taring tajam yang menggigit lalu membunuh. Semuanya dalam kacau-bilau. Gawat. Lantas dia pun muncul membawa bersamanya sinar dan harapan. Membawa hikmah dan penyelesaian. Membawa obor yang akan membakar segala durjana, menerangi kembali kehidupan yang lesu ini.
(more…)

KISAH TOK KENALI DI KELANTAN

Orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu – Tuk Kenali

Nama Tok Kenali tidak asing lagi di negara ini, dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani. Beliau mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di Kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat julukan ‘Serambi Makkah’. Di samping mengajar, Tok Kenali aktif dalam penulisan, urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan.
(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service