Posts Tagged ‘Jawab Muwaffaq Sebenarnya’

HAJI DITERIMA KERANA UTAMAKAN JIRAN

Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga." Sabda Rasulullah SAW : "Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu bertanya lagi : "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?" Sabda Rasulullah SAW : "Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu.

Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit. Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi: “Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?” Jawab malaikat yang seorang lagi : “Enam ratus ribu orang.”

(more…)

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service