KISAH TUAN HUSSEIN KEDAH AL-BANJARI

Berakhlak tinggi, pemurahnya sangat ketara, sangat menjaga syariat Tuhannya. Berani memberi nasihat atau menegur kepada siapa sahaja sekalipun raja. Dengan rezeki sangat tawakkal kepada Tuhannya. Zuhud dengan dunia, sekalipun kaya. Kasih sayangnya sangat ketara.Ramah dan mesra jadi budaya hidupnya. Ibadahnya banyak, khusyuk pula, sangat berdisiplin hidupnya. Sangat menghormati tetamunya Mereka memberi ilmu tidak dikenakan upahnya, kalau orang memberi tidak pula menolak. Percakapannya bak mutiara sangat berharga. Tidak ada yang sia-sia, orang-orang jahil didoakannya. Mereka adalah suri teladan manusia di zamannya. Orang ramai sangat menghormatinya kerana mulia keperibadiannya. Mereka itulah yang dikatakan ulamak pewaris Nabi.

Berakhlak tinggi, pemurahnya sangat ketara, sangat menjaga syariat Tuhannya. Berani memberi nasihat atau menegur kepada siapa sahaja sekalipun raja. Dengan rezeki sangat tawakkal kepada Tuhannya. Zuhud dengan dunia, sekalipun kaya. Kasih sayangnya sangat ketara.Ramah dan mesra jadi budaya hidupnya. Ibadahnya banyak, khusyuk pula, sangat berdisiplin hidupnya. Sangat menghormati tetamunya. Mereka memberi ilmu tidak dikenakan upahnya, kalau orang memberi tidak pula menolak. Percakapannya bak mutiara sangat berharga. Tidak ada yang sia-sia, orang-orang jahil didoakannya. Mereka adalah suri teladan manusia di zamannya. Orang ramai sangat menghormatinya kerana mulia keperibadiannya. Mereka itulah yang dikatakan ulamak pewaris Nabi.

Tuan Hussein Kedah Al Banjari adalah pengasas kepada enam buah pondok pengajian dalam negeri Kedah dan sebuah di Pokok Sena, Seberang Perai. Ini tidak termasuk usaha beliau membangunkan semula pondok datuknya di Gajah Mati, Jitra, Kedah. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 18 buah kitab mengenai berbagai persoalan agama dan dalam bidang ini (mengarang kitab) beliau adalah ulama Kedah yang terbanyak mengarang kitab pada zamannya.

Dalam melaksanakan hukum, Tuan Hussein sangat berhalus dan tegas. Beliaulah orang yang pertama menentang sistem riba dalam soal pinjam-meminjam serta menolak pelaksanaan peraturan tauliah mengajar yang diselewengkan, dan menentang pelaksanaan akta cetak kitab. Lantaran keberaniannya mempertahankan pendirian, Tuan Hussein menerima tindakan dibuang negeri. Namun semasa di Seberang Perai, beliau terns bergiat menyebarkan ilmu dan mengarang kitab. Tuan Hussein juga seorang pendakwah yang aktif.

Tahun 1810, ketika Kedah sedang berperang dengan Siam, satu rombongan haji singgah di Kuala Kedah dalam perjalanan pulang dengan kapal layar ke Kalimantan. Rombongan ini diketuai oleh Hj. Masoudi, cucu kepada Syeikh Muhammad Arshad Al Banjari iaitu seorang alim besar dan wali. Allah yang terkenal dengan kitab feqahnya, Sabilal Muhtadin. Hj. Masoudi dan rombongannya tidak berhajat untuk berlama­ lama di Kedah kerana kampung asal mereka di Mertapura, Banjar Masin, Kalimantan melambai-lambai memanggil mereka pulang, setelah berbulan-bulan mereka di perantauan. Tetapi taqdir Allah mengatasi perancangan manusia. Rombongan mereka ditahan oleh pasukan penyiasat Kedah. Bagaimanapun mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang negeri, sebaliknya tenaga Hj. Masoudi diperlukan untuk menghadapi serangan Siam.
Berita kehadiran Hj. Masoudi disampaikan ke pengetahuan Raja Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Shah. Baginda tertarik apabila diberitahu bahawa Hj. Masoudi seorang alim lagi warak dan handal dalam ilmu kerohanian. Baginda lalu melantik Hj. Masoudi sebagai salah seorang panglima menghadapi ancaman Siam.

Dalam peperangan itu, Siam menerima pukulan teruk di tangan angkatan perang Kedah yang turut dikepalai oleh Hj. Masoudi. Sejak itu Hj. Masoudi terus menetap di Kedah bersama ahli keluarganya. Daripada zuriat Hj. Masoudi inilah, 50 tahun kemudiannya lahir Tuan Hussein Kedah Al Banjari, atau nama sebenarnya Hussein bin Hj. Muhammad Nasir, tokoh ulama yang menjadi pengasas kepada enam buah pondok termasuk Madrasah Taufiqiah Al Khairiah di Padang Lumat, Yan, Kedah (kemudiannya dikenali sebagai Pondok Pak Ya). Beliau juga pengarang kepada 18 buah kitab, yang meletakkannya sebagai ulama pondok yang paling banyak mengarang kitab, khususnya di Kedah.

Tuan Hussein lahir di Titi Gajah, Kedah pada 20 Jamadil­awal 1280H (1863M). Beliau mendapat asuhan awal dari ibunya Tengku Fatimah dan didikan agama daripada datuknya, Hj. Mohd. Taib, seorang ulama terkenal di Kedah yang mengasas pondok pengajian agama di Titi Gajah sekitar tahun 1870M. Tuan Hussein tinggal dengan datuknya itu sejak kecil. Pendek kata, beliau membesar dalam suasana keagamaan. Waktu kecil, orang memanggilnya Cik Megat kerana ibunya adalah kerabat diraja. Manakala ayahnya seorang ahli perniagaan, dan sering bermusafir ke luar negeri; biasa naik tongkang berulang-alik antara Borneo dan Burma. Tuan Hussein suka mengikut datuknya ke majlis-majlis pengajian. Bila datuknya mengajar di surau, Tuan Hussein akan bermain dengan kawan-kawannya di bawah surau. Dan dari bawah surau itu dia memberi perhatian pada apa yang diajar oleh datuknya.

Masuk umur belasan tahun, Tuan Hussein sudah mahir dalam bahasa Arab, dan sudah agak tinggi ilmu agamanya. Beliau sering bergaul dengan anak-anak murid datuknya yang lebih tlia darinya, di Pondok Titi Gajah.
Dalam lingkungan usianya 18 tahun, Tuan Hussein mendapat restu datuknya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Tuan Hussein berangkat ke Pattani, negeri yang terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu agama pada masa itu. Beliau menuntut dengan beberapa orang ulama terkemuka termasuk Tuan Samela, yang pernah menjadi guru datuknya, Hj. Mohd Taib. Selepas setahun di Pattani, Tuan Hussein menghabiskan lebih 10 tahun menjelajah ke merata negeri bermula pada tahun 1299H (1881M), bagi mendalami ilmu dan meluaskan pengalaman. Negeri-negeri yang dijelajahinya ialah Kelantan, Terengganu, Singapura, Johor dan Melaka.
Semasa dalam perantauan itu, Tuan Hussein bukan saja menuntut ilmu tetapi juga berlatih hidup berdikari. Di sesetengah tempat seperti di Terengganu, beliau tidak belajar, hanya membuat kerja kampung, manakala di Melaka, beliau bekerja mengambil upah menyemat semiar dan atap.

Dari Melaka, beliau menaiki tongkang menyeberang Selat Melaka menuju ke Medan dan terus ke Acheh. Setelah setahun belajar di Acheh, beliau pulang ke Semenanjung dan mendarat di Melaka. Kemudian menuju ke Perak melalui jalan darat. Di Perak, Tuan Hussein mengajar dan banyak menyelesaikan persoalan masyarakat berdasarkan hukum syarak. Di sinilah beliau mula menunjukkan ketokohan sebagai ulama dan mendapat gelaran ‘Tuan Hussein’. Ketika itu, di Kampung Rebana tempat dia menetap, ada seorang alim yang suka bertelingkah mengenai persoalan tauhid. Orang alim itu mencabar Tuan Hussein berbahas. Demi untuk mempertahankan perkara yang haq, Tuan Hussein menyahut cabaran itu. Dan dengan izin ALLAH, beliau berjaya membuktikan kebenaran dan membetulkan pendapat orang alim yang sombong itu, sekaligus menundukkannya. Sejak itulah Tuan Hussein mula disanjung dan dihormati sebagai ulama. Ramai orang yang mula datang belajar dengannya.

Kemasyhuran Tuan Hussein memikat hati Tuk Penghulu Abdul Wahab di Panjang Laut, Sitiawan, Perak, yang berkenan menjodohkan Tuan Hussein dengan anaknya bernama Jaharah. Beliau bukan saja tertarik dengan ketinggian ilmu Tuan Hussein bahkan juga dengan keindahan akhlaknya.Tidak berapa lama kemudian, Tuan Hussein bersama isteri pulang ke Kedah untuk membantu datuknya mengajar di Pondok Titi Gajah. Datuknya Haji Mohd Taib sudah lanjut usianya. Di Kedah, Tuan Hussein kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah setelah Jaharah kembali ke rahmatullah kerana sakit bersalin anak kedua. Kedua-dua anak Tuan Hussein bersama Jaharah meninggal dunia.

Pada tahun 1314H (1896) ketika berumur 33 tahun, Tuan Hussein bertolak ke Makkah untuk melanjutkan pelajarannya. Belanja perjalanan ke sana datuknya yang tanggung. Di Makkah, beliau sempat belajar dengan Syeikh Nawawi Banten (ulama ulung Nusantara), Tuan Ahmad Lingga dan Syeikh Omar Sembewa. Di Tanah Suci juga Tuan Hussein bersahabat rapat dengan Tuk Kenali dan beberapa orang ulama Tanah Melayu lain yang bersamanya menuntut di Makkah. Dengan itu Tuan Hussein sempat menjadi murid kepada Syeikh Ahmad Al Fatani.

Tuan Hussein belajar selama empat tahun di Makkah, dan apabila pulang semula ke Titi Gajah, beliau berusaha selama dua tahun menyusun semula pondok peninggalan datuknya. Tuan Hussein semakin terkenal sebagai orang alim yang berwibawa. Dalam masa yang sama, beliau membangunkan pondok di Alor Ganu kerana memenuhi permintaan masyarakat tempatan. Itulah pondok pertama yang diasaskan sendiri oleh Tuan Hussein.
Beberapa tahun kemudian, beliau berhijrah lagi dan mengasaskan pondok pengajian kedua di Bohor pula. Di Bohor, Tuan Hussein tinggal selama 13 tahun. Itulah paling lama beliau menetap di satu-satu tempat dalam sejarah perjuangannya menuntut ilmu dan membangunkan pondok.

Dalam tahun 1912, Tuan Hussein berhijrah lagi untuk membangunkan pondok ketiga di Bagan Ulu, Pantai Merdeka. Selepas lebih kurang tujuh tahun di Pantai Merdeka, barulah beliau membangunkan pondok keempat di Kampung Selengkoh, Sungai Limau. Pada tahun 1924, Tuan Hussein mengasaskan pondok kelima, Pondok Al Taufiqiah Al Khairiah di Batu 16, Padang Lumat (sekarang menjadi sekolah menengah agama dengan penuntutnya melebihi 3,000 orang). Beliau hanya sempat empat tahun di Padang Lumat sebelum berhijrah ke Pokok Sena, Kepala Batas. Penghijrahan Tuan Hussein ke Pokok Sena itu berlaku disebabkan beliau diperintah keluar dari Kedah atas alasan melanggar beberapa peraturan atau undang-undang negeri. Penghijrahan itu mendorong Tuan Hussein membuka pondok keenam di Pokok Sena iaitu Madrasah Al Khairiah Al Is­ lamiah. Madrasah ini yang kini masih hidup, sangat maju semasa di bawah pengendalian anaknya, Allahyarham Sohi­ bul Fadhilah Tuan Guru Hj. Ahmad bin Hussein.

Allahyarham Hj. Ahmad pemah berkata, prinsip Tuan Hussein membangunkan pondok ialah untuk mengembangkan ajaran Islam dan memudahkan bagi orang yang ingin mempelajarinya. Dengan sebab itu, kalau sudah didapati tempat itu telah ramai orang yang berpengetahuan agama maka ia akan berpindah ke tempat lain. Dengan sebab kebanyakan orang tidak tahu membaca dan menulis, maka dia pindah ke tempat lain pula, begitulah seterusnya hip.gga akhir hayatnya. Tuan Hussein sangat tegas melaksanakan disiplin poodok. Beliau akan memastikan anak-anak murid dan pengikut­pengikutnya tidak merokok, tidak menyanyi dan tidak bergaul bebas lelaki perempuan. Beliau juga memastikan murid-muridnya sembahyang jemaah dan menghadiri kuliah yang ditetapkan. Malah beliau menyusun kedudukan pondok­ pondok lelaki, perempuan dan pondok-pondok kelamin dengan kemas sekali supaya terhindar daripada pergaulan bebas lelaki perempuan. Semua pelajar perempuannya menutup aurat dan yang lelaki memakai kopiah putih. Tindakan terakhirnya dalam memastikan tatatertib pondok berjalan baik ialah dengan merotan pelajar-pelajar yang tidak mematuhi peraturan.

Kejayaan Tuan Hussein membangunkan enam buah pondok pengajian dalam masa beberapa tahun itu merupakan sesuatu yang dikira luar biasa, yang mungkin satu karamah maknawiyah anugerah ALLAH kepadanya. Beliau juga mempunyai daya tarikan yang mengkagumkan kerana di mana saja beliau menetap dan membuka pondok pengajian, sambutan masyarakat amat menggalakkan. Lebih mengkagumkan lagi, dalam kesibukan mengajar serta membuka dan mentadbir pondok-pondok pengajian, Tuan Hussein sempat mengarang 18 buah kitab tauhid, feqah dan tasawuf. Antara kitab-kitab karangannya ialah Hidayatus Sibyan, Hidayatul Fatah, Majmu’ Al La’i, Hidayatul Asfal, Tamrin As Sibyan, Allamiat Wal Afiat, Malaqis, Syar Al Akbar, Tafreh As Sibyan, Hidayatul Mutafakkrin dan Usul Al Tauhid.

Dalam beberapa buah kitabnya, Tuan Hussein ada mem­ bicarakan konsep perniagaan dan dasar pertanian Islam. Antaranya ialah kitab Tanbih Al Ikhwan di Tadbit Al Maishah wa Taslih Al Buidan yang ditulis pada tahun 1354H. Kitab ini diterbitkan di Perak atas permintaan Raja Muda Perak, Raja Abdul Aziz. Dalam kitabnya, beliau menggariskan panduan-panduan ekonomi tanpa riba dan terhindar daripada sebarang bentuk penipuan dan penindasan. Beliau mengeluarkan nas-nas yang menggalakkan umat Islam menceburkan diri secara cergas dalam bidang pemiagaan dan pertanian. Beliau menyatakan bahawa bemiaga dan bertani merupakan pekerjaan yang mulia di sisi Allah SWT. Tuan Hussein juga membicarakan soal berkat, penunaian zakat tanaman dan hukum menghidupkan bumi yang mati (tanah terbiar tanpa pemilik). Selain itu, beliau menyarankan supaya umat Islam kuat bekerja dan pandai mengurus agar pemiagaan atau pertanian yang dilaksanakan itu menghasilkan kejayaan. Dalam bidang ini. Tuan Hussein turut menjayakan pekerjaan menanam padi di mana saja beliau menetap.

Sebagai ulama dan pendakwah, prinsip hidup Tuan Hussein ialah berdakwah secara bebas (tidak terikat dengan jawatan rasmi) untuk membetulkan aqidah dan cara hidup manusia supaya bertepatan dengan kehendak Allah SWT. Dalam menjalankan peranan ini, beliau tidak menghiraukan batasan politik. Beliau menegur siapa saja yang melakukan mungkar di kalangan orang bawahan mahupun pihak atasan yang memegang kuasa dengan tegas, berani dan berterus- terang. Dalam kitabnya Bidayat At Talibin, Tuan Hussein mengeluarkan sebuah Hadis yang bermaksud: “Tiada ia takut membuat pekerjaan Allah Taala itu akan cela daripada orang yang mencelakan.”
Tuan Hussein pemah menolak jawatan mufti yang ditawarkan oleh Sultan Kedah sebaik saja beliau pulang dari Mak­ kah sekitar tahun 131SH. Beberapa tahun kemudian, Tuan Hussein ditawarkan pula jawatan Syeikhul Islam yang merupakan jawatan tertinggi dalam pentadbiran agarila di negeri Kedah tetapi sekali lagi beliau menolak. Jawatan itu akhirnya disandang oleh Hj. Wan Sulaiman.

Selain khuatir tidak mampu menjalankan tanggungjawab dengan adil, Tuan Hussein sebenarnya memilih hidup bebas daripada terikat dengan jawatan rasmi. Beliau menghabiskan usianya dengan berdakwah secara lisan dan tulisan serta me­ ngajar ilmu secara terbuka dan khusus (buka pondok). Dan dengan itu Tuan Hussein disegani oleh kawan dan lawan bukan saja kerana ketinggian ilmunya tetapi juga kerana ketinggian akhlak dan kewibawaannya mentadbir serta sifat kepimpinan yang ada padanya. Beliau sangat memuliakan tareqat. Bagi Tuan Hussein, tareqat merupakan amalan tertinggi untuk menghaluskan budi pekerti dan akhlak serta jalan menghampirkan diri kepada Allah SWT. Dengan itu, tareqat layak diamalkan oleh mereka yang arif dan faham syariat. Beliau tidak setuju dengan mereka yang hanya mengamalkan tareqat tetapi mengabaikan syariat lahir dan tidak menunaikan tanggungjawab pada masyarakat sebagaimana dituntut oleh Islam.

Tuan Hussein berkata, “Mengajar tareqat kepada orang ramai (orang awam yang jahil tentang syariat) samalah seperti menggantung berlian di leher kucing.” Beliau tidak mahu amalan tareqat yang disifatkan sebagai berlian itu diselewengkan oleh mereka yang jahil atau mempunyai kepentingan dunia dan mahukan sanjungan manusia. Melihat kepada amalan-amalannya, Tuan Hussein adalah pengamal Tareqat Satariah. Selain dari itu beliau terus menerus menggalakkan supaya dibanyakkan amalan sunat setelah menyempumakan amalan fardhu. Amalan sunat adalah darjat yang membawa seseorang itu kepada makrifatullah. Tuan Hussein adalah penentang keras amalan riba dalam urusan pinjam-meminjam. Pada tahun 1344 Hijrah, apabila Syeikhul Islam Kedah mengeluarkan fatwa yang menghalalkan faedah yang dikenakan oleh syarikat kerjasama kepada peminjam-peminjamnya, beliaulah yang paling kuat menentangnya. Beliau tegas menyatakan bahawa sistem faedah dalam urusan pinjam-meminjam syarikat kerjasama itu merupakan riba yang nyata haramnya.

Pendirian Tuan Hussein ini mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat hingga Hj. Wan Sulaiman, Syeikhul Islam Kedah ketika itu, berasa tercabar. Hj. Wan Sulaiman cuba mententeramkan keadaan dengan menemui Tuan Hussein yang pada masa itu tinggal di Pantai Merdeka. Setelah lama berbincang, Tuan Hussein dapat mempertahankan pendiriannya berdasarkan nas-nas syari’i yang sahih. Beliau bagaimanapun sedar Hj. Wan Sulaiman masih mencari-cari jalan dan helah syarak untuk menghalalkan perjalanan syarikat kerjasama yang terjebak dengan amalan riba itu.

Sebenarnya, Hj. Wan Sulaiman telah pun rasa kewibawaannya tercabar sebelum timbul isu fatwa mengenai faedah pinjaman syarikat kerjasama itu. Ini berikutan bantahan Tuan Hussein terhadap perlaksanaan Akta Tauliah Mengajar dan Cetak Kitab yang digubal pada 17 Safar 1340 Hijrah (20 Oktober 1921). Akta itu, antara lain, menyatakan bahawa semua jenis kitab atau risalah atau kitab nukilan mesti disemak terlebih dahulu oleh Syeikhul Islam atau pembantunya sebelum diizin cetak untuk sebaran umum. Sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh didenda $200 (masa itu nilai $200 amat besar) atau dipenjara tidak lebih daripada satu tahun.
Setiap guru agama mesti mendapat kebenaran mengajar daripada State Council melainkan jika mengajar di rumah sendiri. Jika didapati mengajar tanpa tauliah atau membawa ajaran salah pada pertimbangan Syeikhul Islam (walaupun mempunyai tauliah) boleh didenda $100.00 atau dipenjara tidak lebih daripada enam bulan.

Sebenarnya Tuan Hussein tidak menolak tujuan akta tauliah mengajar jika benar-benar untuk membanteras ajaran salah. Apa yang beliau tentang keras ialah penyelewengan dalam pelaksanaan akta tersebut di mana orang-orang yang berkelayakan mengajar turut menjadi mangsa akta tersebut. Beberapa orang daripadanya adalah anak-anak murid Tuan Hussein sendiri. Anehnya Tuan Hussein sendiri yang terkenal sebagai ulama besar pada masa itu pun diarah supaya mengambil tauliah mengajar oleh pejabat Syeikhul Islam Kedah. Tetapi beiiau terus mengajar dan mendidik masyarakat tanpa menghiraukan soal tauliah. Beliau juga mernberi perangsang kepada beberapa orang anak muridnya yang telah ditarik tauliah mereka oleh Syeikhul Islam supaya terus mengajar seperti biasa. Sikap ini memperlihatkan keberaniannya mempertahankan hak biarpun dihalang oleh pemerintah.
Selain dari itu Tuan Hussein berpendapat bahawa pelak­ sanaan akta ini membawa kepada kelembapan perjalanan penyebaran ilmu ALLAH SWT. Bagaimanapun, Syeikhul Islam tidak dapat bertindak keras kerana Tengku Mahmud yang menjadi Presiden State Council dalam ucapan-ucapannya sering memuji-muji ketinggian ilmu dan akhlak Tuan Hussein. Anak Tengku Mahmud sendiri, Tengku Abdullah, adalah anak murid Tuan Hussein. Ini yang menyukarkan Haji Wan Sulaiman. Dalam pada itu Tuan Husein mempunyai rekod sebagai pengkritik kepada perlaksanaan kutipan zakat yang dibuat oleh Majlis Agama Islam. Beliau mendapati amil-amil yang dilantik tidak membahagikan dengan betul basil kutipan zakat kepada asnab-asnab yang berhak menerimanya. Ini tuntutan syarak yang mesti ditunaikan dengan sempuma. Pendiriannya dalam soal ini sangat tegas.

Peluang Hj. Wan Sulaiman untuk mengambil tindakan ke atas Tuan Hussein menjadi kenyataan apabila Tuan Hussein mencetak kitab karangannya, Hidayatul Mutafakkirin, di Perak dengan kebenaran Raja Muda Perak, Raja Abdul Aziz. Kesempatan ini dipergunakan sepenuhnya oleh Hj. Wan Sulaiman untuk mempengaruhi Tengku Mahmud supaya bertindak segera terhadap Tuan Hussein kerana beliau dianggap melanggar Akta Cetak Kitab.
Hj. Wan Sulaiman berjaya mendapat izin menulis sepucuk surat bercop mohor Tengku Mahmud, yang mengandungi arahan tegas supaya Tuan Hussein keluar dari negeri Kedah atas tuduhan melanggar undang-undang Negeri. Surat itu dihantar dengan tangan oleh polis. Dalam masa 24 jam itu juga Tuan Hussein keluar dari pondoknya di Batu 16, Padang Lumat dan berhijrah ke Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Bagaimanapun kitab Hidayatul Mutafakkirin yang di­ cetak di Perak itu tersebar juga di Kedah. Antara isi kandungan surat arahan itu menurut Ahmad Abdul Ghani Said dalam tesisnya: “Kalau tidak mahu mengikut undang-undang Negeri Kedah lebih baik tidak usah duduk du Kedah. Kalau hendak duduk di Kedah ikut undang­ undang Kedah.”

Surat arahan tulisan tangan Syeikhul Islam Kedah itu ti­ dak sedikit pun menjejaskan pinsip Tuan Hussein. Beliau berpegang kepada hadis Rasulullah SAW: “Tidak ada taat kepda makhluk pada perkara mungkar. ”
Malah Tuan Hussein tidak pernah kenal erti putus asa dan menyerah kalah dalam perjuangannya menyebarkan ilmu. Beliau terus membangunkan pondok di Pokok Sena. Madrasah Al Khairiah Al Islamiah itu didirikan. dengan bantuan anaknya Hj. Ahmad, yang juga seorang ulama terkenal. Tuan Hussein terus menetap di Pokok Sena walaupun Tengku Mahmud datang memujuknya supaya pulang ke Kedah. Setelah Hj. Wan Sulaiman kembali ke rahmatullah dan dengan pujukan berkali-kali oleh anak Tengku Mahmud, Tengku Abdullah dan dipersetujui anak-anaknya, Tuan Hussein akhirnya pulang ke Kedah sedangkan keadaannya sedang sakit.

Pada 17 Zulkaedah 1354H, Tuan Hussein kembali ke rahmatullah dan dimaqamkan di tanah perkuburan wakafnya sendiri di Titi Gajah. Ketika itu beliau berumur 74 tahun. Pondok Taufiqiah Khairiah Al Halirniah di Batu 16, Padang Lumat, Yan, Kedah yang diasaskan oleh Tuan Hussein, telah dimajukan menjadi sekolah menengah agama oleh salah seorang anak muridnya, Tuan Guru Hj. Yahya Junid yang terkenal dengan panggilan Pak Ya Junid. Pak Ya mengambil alih pentadbiran pondok ini pada bulan Syawal l360H. Menurut Pak Ya, gurunya Tuan Hussein seorang ulama yang tegas dan pemurah. Beliau banyak mewakafkan tanahnya untuk membangunkan pondok yang dia sendiri asaskan, khususnya di Pokok Sena, Titi Gajah dan Padang Lumat.

“Tuan Hussein tidak sayang wang ringgit untuk tujuan menuntut ilmu dan untuk mengembangkan ilmu,” cerita Pak Ya.

Mengenai perpindahan Tuan Hussein ke Pokok Sena, Pak Ya berkata, “Walaupun Tuan Hussein berpindah atas arahan pemerintah kerana dituduh elanggar undang-undang negeri, namun beliau berulang sebulan sekali mengajar dan membimbing anak-anak muridnya di Padang Lumat secara senyap-senyap.”

Pak Ya mengambil alih serta membangunkan semula pondok berkenaan setelah empat tahun Tuan Hussein meninggal dunia. “Saya bersama beberapa orang kawan hanya berunding dengan anaknya Tuan Guru Hj. Ahmad yang pada masa itu sedang mengendalikan pondok peninggalan ruan Hussein di Pokok Sena. Alhamdulillah hajat kami itu diterima dengan gembira oleh Hj. Ahmad kerana wakaf ayahnya itu terus bersambung.”
Pak Ya bersama Lebai Abu Bakar, Hj. Abdul Ghani dan beberapa orang lain berusaha membangunkan semula pondok ini dengan modal permulaan $118. Sekarang madrasah yang terkenal dengan nama Pondok Pak Ya ini mempunyai lebih 3,000 pelajar peringkat rendah dan menengah agama. Dalam pertemuan dengan penulis pada tahun 1989 tidaklama selepas berlaku tragedi kebakaran pondok tersebut yang mengorbankan 27 orang pelajar, Pak Ya berkata: “Saya sangka ibu bapa menjadi takut kerana pondok ini baru lepas terbakar, tetapi dengan tidak diduga pelajar-pelajar baru mai lagi banyak daripada tahun-tahun lepas, hingga tidak cukup tempat.”

Print Friendly
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Powered by WordPress | Designed by: game cheats | Thanks to city tours, electronic cigarette and seo service